Umur baru 45 tapi dah ada RM1 juta dalam KWSP, lelaki ini kongsi tip jadi jutawan senyap-senyap

Umur baru 45 tapi dah ada RM1 juta dalam KWSP, lelaki ini kongsi tip jadi jutawan senyap-senyap

Umur baru 45 tapi dah ada RM1 juta dalam KWSP, lelaki ini kongsi tip jadi jutawan senyap-senyap. Kisah seorang lelaki yang memiliki wang RM1 juta dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya telah menjadi perbualan hangat di media sosial.

Menurut pemilik Facebook Nur Fadhli Bassar, kisah benar itu melibatkan rakannya sendiri yang bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di ibu negara.

“Bismillah. Sesungguhnya simpanan RM1 juta dalam KWSP untuk orang biasa itu benar. Saksikan ini, penyata milik seorang ketua keluarga dalam lingkaran saya, berusia 45 tahun, bekerja dalam bidang IT di KL.

Umur baru 45 tapi dah ada RM1 juta dalam KWSP, lelaki ini kongsi tip jadi jutawan senyap-senyap

“Dia pulang pergi ke tempat kerja dengan menggunakan motosikal sahaja kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Selepas tamat belajar pada usia 23 tahun, dia terus bekerja dan seperti orang lain, dia juga mengeluarkan duit dari Akaun 2 untuk membeli rumah,” katanya.

Menurut Nur Fadhli, rakannya juga pernah berkongsi beberapa tip yang boleh dilakukan untuk membuat simpanan melalui akaun KWSP.

“Bagaimana dia dapat mengumpulkan RM1 juta dalam KWSP? Daripada apa yang dia ceritakan, semua orang boleh melakukannya. Pertama, mesti ada pekerjaan yang stabil dan gaji yang mencukupi. Kedua, perlu mencarum dalam KWSP. Dia menyumbang 11 peratus kemudian meningkatkan kepada 12 peratus dan 13 peratus.

“Majikan dia juga menyumbang. Berapa bahagian peratusan yang diberikan oleh majikan, saya tidak pasti. Ketiga, dia tidak menyentuh duit KWSP jika tidak perlu. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, ramai yang terkesan. Dia tetap stabil, jadi saya menganggap bahawa dia mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi.

“Keempat, dia meningkatkan jumlah sumbangan dengan meningkatkan gaji melalui job hopping (boleh meminta gaji lebih tinggi daripada majikan baru). Dia telah menukar majikan sebanyak lapan kali,” katanya lagi.

Tambah Nur Fahdli, rakannya juga tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam dengan membayar zakat bagi mencari keberkatan dalam pendapatannya.

“Kelima, dia bayar zakat (wajib dan untuk mencari keberkatan). Bila mendapat berkat, Tuhan tambahkan lagi. Dan saya menganggap bahawa dia juga melakukan projek sedekah jariah yang lain.

“Apa tujuan saya menulis ini? Untuk memberitahu bahawa dengan menyimpan secara berterusan dan berdisiplin, seseorang boleh menjadi jutawan,” katanya lagi.

Nur Fadhli juga menjangka bahawa rakannya akan mempunyai simpanan mencecah RM2 juta sekiranya dia konsisten melakukan langkah-langkah di atas sehingga tamat perkhidmatan pada usia 60 tahun.

“Ini baru berusia 45 tahun, jika dia bersara pada usia 60 tahun, dia boleh mencapai lebih dari RM2 juta dalam KWSP, ada harapan untuk menikmati pencen sebanyak RM10,000 sebulan dan jumlah pokok RM2 juta itu tidak terjejas.

“Jutawan yang berada dalam senyap seperti ini banyak tetapi mereka rendah hati dan profil rendah. Kita boleh mengambil semangat mereka. Jika belum memulakan, malam ini tetapkan niat dan impian terlebih dahulu, esok laksanakan,” tambahnya lagi.

Baca Lagi:
Senarai 6 negeri di Malaysia yang tidak akan cuti umum pada hari Nuzul Al-Quran
“Harap ada yang sudi memberi..”- Datuk Red buat akaun TikTok semata-mata mahu cari kerja sebab nak sara anak & bayar hutang?
Bengang asyik diejek, lelaki tetak, bunuh ahli keluarga dan makan otak
CATEGORIES