Bengang asyik diejek, lelaki tetak, bunuh ahli keluarga dan makan otak

Bengang asyik diejek, lelaki tetak, bunuh ahli keluarga dan makan otak

Bengang asyik diejek, lelaki tetak, bunuh ahli keluarga dan makan otak. “Saya memang rancang nak makan otaknya.”.Beginilah pengakuan seorang lelaki kepada pihak polis selepas dituduh membunuh ahli keluarganya.

Kejadian tragis itu berlaku di Kecamatan Merigi, Kabupaten Kepahiang, Indonesia pada Sabtu yang lepas.

Media antarabangsa melaporkan bahawa selepas mangsa didakwa dibunuh dengan menggunakan parang, suspek disyaki telah memakan otak dan menghisap darah dari kesan tikaman di belakang kepala mangsa yang dikenali sebagai Yodes, berusia 35 tahun.

Bengang asyik diejek, lelaki tetak, bunuh ahli keluarga dan makan otak

Pengakuan tersebut dilakukan oleh suspek, Ro, yang berusia 42 tahun, kepada anggota Unit Siasatan Jenayah Polis Kepahiang yang sedang menyiasat kes tersebut.

Selepas kejadian itu, Ro kemudian menjadi ganas dan cuba menyerang penduduk yang berada di sekelilingnya dengan parang, serta cuba membakar sebuah warung di kampung tersebut.

Tidak hanya itu, dia juga dilaporkan telah mencurahkan petrol dan diesel di depan warung tersebut.

Difahamkan bahawa suspek dan mangsa adalah ahli keluarga, walaupun hubungan sebenar di antara mereka tidak dapat dipastikan.
Suspek sebelum ini disebut telah tersinggung dengan kata-kata yang dilontarkan oleh mangsa sebelum dia membuat keputusan untuk mengakhiri hidup mangsa.

Tidak hanya itu, Ro juga mengaku bahawa dia kerap menggunakan dadah ganja dan mengambil sejumlah pil yang tujuannya tidak diketahui.

Difahamkan bahawa pengambilan pil tersebut juga disyaki menjadi faktor yang menyebabkan dia berada dalam keadaan mental yang tidak stabil sehingga melakukan tindakan membunuh saudaranya sendiri.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Sujud Alif Yulamlam menyatakan bahawa siasatan masih berjalan pada masa ini dengan suspek juga sedang menjalani rawatan kesihatan.

Sementara itu, menurut keterangan penduduk kampung, suspek memang menghadapi masalah mental, tetapi tidak ada yang menjangka dia akan melakukan tindakan membunuh saudaranya sendiri.

“Dia bahkan pernah membakar rumahnya sendiri, tetapi kejadian itu telah berlaku lama dan tiada insiden serupa berlaku sejak beberapa tahun yang lalu,” katanya.

Baca Lagi:
“Member suruh tanya kedai kat mana?”- Tular kedai guting rambut semua pekerja wanita raih perhatian ramai
“Saya terima wasap dari orang yang tak dikenali, dia hantar gambar suami minum petang dengan wanita, siap hantar location lagi, sekali ini yang jadi..”
Rupanya ramai yang tak beli baju raya tahun ini, ini sebabnya
CATEGORIES