Pelaut tangkap ikan punyai wajah seperti ‘khinzir’ dikecam netizen. Lautan yang luas pastinya menyimpan seribu satu khazanah yang mungkin belum lagi diterokai manusia.
Baru-baru ini, berita mengenai seorang pelaut yang menemui seekor ikan yang pelik telah tersebar luas.
Ikan yang memiliki wajah yang persis seperti khinzir itu ditemui di kawasan kepulauan Elba di Itali pada 19 Ogos yang lalu.
Apabila ikan tersebut ditarik naik ke kapal, pada mulanya mereka menganggapnya sebagai seekor jerung.
Namun, pelaut tersebut terkejut apabila melihat wajahnya yang menyerupai khinzir.
Selepas disiasat, ikan tersebut memang merupakan spesies jerung, tetapi jenis yang jarang ditemui.
Ia dikenali sebagai angular roughshark (Oxynotus centrina) atau juga dikenali sebagai jerung berwajah khinzir.
Biasanya, ikan ini tinggal dalam kedalaman 700 meter di bawah permukaan laut.
Posting mengenai ikan tersebut ternyata menarik perhatian sehingga dibanjiri oleh ratusan komen.
Malahan, ada yang mengkritik tindakan pelaut itu menangkap hidupan tersebut.