500 pekerja bakal terjejas, AMS-Osram tak jadi teruskan operasi di Kedah

500 pekerja bakal terjejas, AMS-Osram tak jadi teruskan operasi di Kedah

500 pekerja bakal terjejas, AMS-Osram tak jadi teruskan operasi di Kedah. Selepas pembinaan kilang LED mikronya di Kulim Hi-Tech Park, Kedah, siap baru-baru ini, syarikat Austria-Jerman, AMS-Osram AG membatalkan pelaburannya di Malaysia.

Kira-kira 500 pekerjanya – yang kebanyakan berpangkalan di Pulau Pinang – dijangka terjejas susulan keputusan tersebut.

Menurut seorang eksekutif syarikat terbabit yang tidak mahu dikenali, Digital News Asia melaporkan terdapat kemungkinan pekerja yang terjejas dari AMS-Osram AG Malaysia akan ditempatkan semula ke cawangan perniagaan lain di negara ini.
500 pekerja bakal terjejas, AMS-Osram tak jadi teruskan operasi di Kedah

“Pasaran sensor dan LED masa depan masih berkembang, dan kami mempunyai rangkaian perniagaan yang baik dan bercambah di kawasan lain,” kata eksekutif itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AMS-Osram AG, Aldo Kamper dilaporkan mendedahkan bahawa keputusan itu disebabkan oleh pembatalan pesanan daripada pelanggan utama mereka, yang dipercayai adalah Apple.

Syarikat itu mengalihkan tumpuan kepada keperluan LED mikro dalamannya yang akan dipenuhi oleh pengeluarannya di Jerman.

Dikatakan syarikat itu sedang mencari pembeli untuk kilang mereka di Kulim yang dipajak daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Sebelum ini, AMS-Osram melaksanakan penstrukturan semula kewangannya melalui penjualan €400 juta (RM2.03 bilion) dan pajakan semula tapak kilang LED mikro, dengan komitmen bahawa syarikat itu boleh membelinya semula selepas 10 tahun atau lebih awal.

Menurut laporan itu, seseorang yang biasa dengan urusan berkenaan berkata ketiga-tiga pemegang pajakan itu tidak akan terjejas dari segi kewangan kerana AMS-Osram AG akan terus menunaikan kewajipannya jika masih gagal mendapatkan pihak lain untuk mengambil alih kilang mereka.

AMS-Osram bermula di Malaysia pada tahun 1972 sebagai Siemens pada asalnya. Syarikat itu merupakan pakar penyelesaian optik global, terutamanya dalam bidang automotif.

Baca Lagi:
Anggota badan melecur tahap 4, rupanya ini jenis asid yang disimbah pada Faisal Halim
Ini yang akan jadi jika ahli tidak memilih pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 KWSP
Akibat ayah kahwin senyap-senyap di Thailand, anak perempuan terkahwin dengan abang sendiri tanpa sedar
CATEGORIES