Menabung hasil jualan selama 3 tahun, penjual apam balik beli sebuah rumah guna duit syiling. Tindakan seorang penjual apam balik di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur yang membeli sebuah rumah menggunakan duit syiling yang menjadi tular di media sosial, dilaporkan oleh akhbar Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman video kejadian tersebut, seorang lelaki bernama Imam membawa sekitar empat buah botol air besar berisi duit syiling.
Syiling tersebut merupakan tabungan daripada hasil jualan apam balik selama tiga tahun.
Kesemua syiling itu digunakan untuk membayar deposit rumah yang ingin dibeli.
Lebih mengejutkan, jumlah keseluruhan syiling tersebut mencecah 46 juta rupiah (RM13,535.76), lebih daripada cukup untuk membayar wang muka pembelian rumah.
Rakaman mengenainya yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dianajlndr menarik perhatian orang ramai.
“Macam mana boleh konsisten?!?! Aku ada duit sikit pun terus guna untuk jajan,” kata seorang netizen.
@dianajlndr Nih gaisss yg punya tabungan uang koin 🔥🤩 @MT TERBUL 777 LAKALAKA @Jaya Tentram Makmur Bersaudara #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #perumahansubsidi #perumahanbanyuwangi #perumahanbanyuwangikota ♬ suara asli – Dianajlndr