Main telefon bimbit dalam tandas berisiko dapat penyakit

Photo of author

By Joe

Main telefon bimbit dalam tandas berisiko dapat penyakit. Kegiatan harian sering kali membuat kita terpaksa mencuri waktu untuk menyelesaikan tugas yang tertunda.

Tabiat membawa telefon bimbit ke tandas untuk menulis e-mel, menulis rencana, membaca e-buku, dan sebagainya sebaiknya dihindari. Selain itu, menonton YouTube, Netflix, atau melayari laman sosial semasa di tandas juga tidak disyorkan. Amalan ini kerap berlaku pada kebanyakan orang, terutamanya mereka yang mencari kesendirian semasa di tandas.

Banyak yang enggan mengakui, tetapi realiti yang berlaku sekarang adalah demikian.

Main telefon bimbit dalam tandas berisiko dapat penyakit

Usus yang sihat hanya memerlukan lima hingga 10 minit untuk menyelesaikan ‘urusan’, tetapi dengan adanya aktiviti ‘tambahan’, ia akan memanjangkan lagi tempoh itu.

Apabila kita duduk di dalam tandas lebih daripada masa sepatutnya, ia menyebabkan berlakunya tarikan graviti kepada rektum dan dubur. Ini tidak langsung akan menjurus kepada pembengkakan pembuluh darah berhampiran dubur.

Faktor risiko dan gejala buasir

Mengulas lanjut, Pensyarah Perubatan dan Pakar Bedah Am Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Mohd Firdaus Mohd Hayati, berkata buasir terjadi apabila pembuluh darah yang berada pada pangkal dubur membengkak.

Katanya, sesiapa sahaja termasuk individu yang kurang mengambil makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mendapat penyakit itu.

“Kurang pengambilan makanan berserat tinggi akan menyebabkan sembelit. Apabila membuang air besar, mereka terpaksa meneran dengan lebih kuat dan lama. Tekanan tinggi yang diberikan akan meningkatkan lagi pembengkakan pembuluh darah di kawasan dubur.

“Luka terbentuk hasil geseran dengan najis yang keras akan menyebabkan pendarahan, selain kemungkinan gejala kanser usus dan rektum,” katanya.

Kombinasi di antara sembelit, perubahan pola membuang air besar dan najis berdarah menjurus kepada gejala kanser usus dan rektum.

Jadi, amatlah penting bagi sesiapa yang mengalami kombinasi gejala ini untuk segera berjumpa doktor pakar untuk rawatan lanjut.

Baca Lagi:
Pakcik tua cari pahala dengan cara mudah
Jangan buang minyak selepas masak, ini senarai 7 tempat yang boleh jual balik minyak masak terpakai dengan harga RM2.50 per kg
Siapa punya idea angkat ‘wiper’ bila parkir kereta?, ini yang perlu anda tahu