Pakcik tua cari pahala dengan cara mudah

Photo of author

By Joe

Pakcik tua cari pahala dengan cara mudah. Bagi penduduk tempatan yang mungkin duduk berhampiran dengan Masjid Nabawi di Madinah kelihatan begitu mudah mencari pahala dengan bersedekah sambil duduk beriktikaf di dalam masjid sementara menunggu azan berkumandang.

Seorang tua berkerusi roda duduk di satu sudut sama setiap hari pada waktu Maghrib dan Isyak, kelihatan tidak pernah jemu mencari pahala dari sekecil-kecil perbuatan seperti membasuh tangan jemaah bersebelahan.

Pihak pengurusan masjid ada menyajikan juadah berbuka puasa ringkas seperti roti, yogurt, kurma dan air setiap waktu Maghrib.

Pakcik tua cari pahala dengan cara mudah

Apabila waktu azan Maghrib hampir berkumandang, pakcik tua itu pun akan bergerak dari seorang ke seorang jemaah tidak mengira siapa dan dari mana mereka datang, dengan berbekalkan botol penyembur serta tisu dia akan membasuhkan tangan setiap jemaah sebelum dan selepas makan.

Ada ketikanya, pakcik tua berkenaan kelihatan menyembur muka hingga ke kepala jemaah yang mungkin baginya adalah untuk menyejukkan badan atau menghilangkan rasa mengantuk dalam kalangan jemaah.

Begitulah gelagat yang dapat dilihat di Masjid Nabawi, mereka akan guna apa cara sekalipun untuk bersedekah walaupun tanpa wang ringgit demi mengutip pahala sebelum mata ini terpejam untuk selama-lamanya.

Ia menjadi tamparan hebat bagi kita yang jarang hendak bersedekah kerana terlalu memikirkan bersedekah itu hanya jika ada duit. Hakikatnya, tanpa duit pun kita boleh bersedekah asalkan kita mahu.

Kata orang, jika tidak ada duit hendak bersedekah, gunakan tenaga atau apa sahaja sekali pun kerana Allah itu maha mengetahui.

Baca Lagi:
Penumpang terkejut pemandu e-Hailing minta caj tambahan selepas diminta hidupkan ‘aircond’ kereta
Dua lelaki bawa parang ceroboh Istana Negara dicekup polis
Gempar! Saintis jumpa planet gebu macam gula-gula kapas