“Aset bersejarah negara dijadikan tempat maksiat?”- Tular video orang ramai berparti dalam KTMB

Photo of author

By Joe

“Aset bersejarah negara dijadikan tempat maksiat?”- Tular video orang ramai berparti dalam KTMB. Kerajaan perlu menyelidik kelulusan yang diberikan untuk penganjuran acara ‘Pinkfish Express’ yang berlangsung pada Khamis lepas, yang melibatkan gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menyatakan bahawa acara hiburan sedemikian tidak sepatutnya dijalankan kerana tidak sejajar dengan falsafah Malaysia Madani dan budaya Timur.

Beliau juga mengkhawatirkan bahawa acara Pinkfish Festival itu mungkin akan merosakkan nama baik KTMB, yang merupakan ‘aset bersejarah negara’.

"Aset bersejarah negara dijadikan tempat maksiat?"- Tular video orang ramai berparti dalam KTMB

“Pesta ini dilihat bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana,” kata Ahmad Fadhli dalam kenyataan.
“Budaya berhibur melampaui batas seperti menghadiri kelab malam, seperti yang ditonjolkan oleh pesta hiburan ini pada 16 Mei lepas, tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan boleh mencemarkan nama KTMB yang merupakan aset bersejarah negara.
“Walau apa jua alasan digunakan bagi menjustifikasi program ini seperti contoh bagi tujuan penjanaan kewangan, ia tetap tidak boleh diterima dan dilihat bertentangan dengan falsafah Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri ke-10 merangkap Menteri Kewangan Anwar Ibrahim.”

Sehubungan dengan itu, PAS menegaskan agar aktiviti yang disifatkannya melampaui batas ini tidak sepatutnya diteruskan, terutamanya apabila melibatkan syarikat berkaitan kerajaan seperti KTMB.

“Imej KTMB serta amalan budaya hiburan yang sederhana tanpa terpengaruh oleh mana-mana negara Barat harus dipertahankan dalam Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk,” katanya.

Acara yang dikenali sebagai “festival hiburan pertama di atas kereta api Asia Tenggara” diadakan menggunakan gerabak KTM, dengan bermulanya dari Stesen Kereta Api Kuala Lumpur.

Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan para hadirin menari dalam acara tersebut, sambil diiringi persembahan muzik DJ.

@kingillusionBIAR BETUL?????? Festive Train KTMB???? WHAT IT’S THIS???

♬ TRAIN FESTIVE KTMB – King illusion

Baca Lagi:
Pakcik tua cari pahala dengan cara mudah
Dua bandar di Malaysia tersenarai paling terbaik di Asia untuk warga asing
Siapa banduan pertama di Malaysia?, ini kisahnya yang ramai tak tahu