Wanita didenda RM1,000 selepas mengaku tampar dan tarik rambut wanita sebab tak bayar hutang RM300

Wanita didenda RM1,000 selepas mengaku tampar dan tarik rambut wanita sebab tak bayar hutang RM300

Wanita didenda RM1,000 selepas mengaku tampar dan tarik rambut wanita sebab tak bayar hutang RM300. “Saya buat (tampar, tarik rambut) sebab dia tak bayar hutang RM300.”

Itulah pengakuan seorang wanita yang juga pembantu kedai snuker apabila ditanya oleh Majistret Suhaila Shafi’uddin mengenai sebab dia bertindak sedemikian.

Tertuduh Nur Arina Aqilah Kelana, 20 tahun, yang didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, terhadap pertuduhan kecederaan terhadap seorang wanita, pada Sabtu lepas, mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan dalam bahasa pengadilan.

Wanita didenda RM1,000 selepas mengaku tampar dan tarik rambut wanita sebab tak bayar hutang RM300

Mengikut pertuduhan, dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita berusia 22 tahun di pusat snuker di sini, pada jam 5.30 pagi, pada 4 Mei yang lalu.
Bagi tuduhan ini, dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum dengan penjara selama setahun atau didenda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh datang ke pusat snuker tersebut dan menarik rambut serta menampar pipi mangsa.

Pada masa yang sama, tertuduh menolak mangsa sehingga jatuh, dan turut merampas telefon bimbit wanita tersebut.

Susulan kejadian itu, mangsa yang cedera telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili oleh Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Dengan pengakuan salah tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 dan mengarahkan tertuduh dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda tersebut.

Baca Lagi:
Pelaut tangkap ikan punyai wajah seperti ‘khinzir’ dikecam netizen
“Aku skandal dengan isteri orang, isteri aku skandal dengan suami orang, ada sebab kenapa aku tak ceraikan isteri aku selepas kantoi curang”
Majikan bunuh diri, pembantu rumah terkejut dapat warisi harta majikan bernilai hampir RM13 juta
CATEGORIES