“Kaya tapi rumah macam ‘kedai tom yam'”, Aliff Syukri berang rumah kena kritik nampak murah, siap hantar surat saman

“Kaya tapi rumah macam ‘kedai tom yam'”, Aliff Syukri berang rumah kena kritik nampak murah, siap hantar surat saman

“Kaya tapi rumah macam ‘kedai tom yam'”, Aliff Syukri berang rumah kena kritik nampak murah, siap hantar surat saman. Apabila rumahnya dikritik oleh seorang pereka dalaman, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengambil tindakan undang-undang tanpa ragu.

Membidas kenyataan tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, memberitahu bahawa rumah mewahnya itu direka oleh seorang pereka dalaman terkemuka Malaysia.

“Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak upkan awak sebab awak ini terpaling pereka dalaman.”

"Kaya tapi rumah macam 'kedai tom yam'", Aliff Syukri berang rumah kena kritik nampak murah, siap hantar surat saman

“Awak tahu pereka dalaman rumah saya ini antara yang terbaik di Malaysia dan dapat anugerah.
“Rumah saya pun disenaraikan pendek sebagai rumah tercantik mewakili Malaysia. Jadi awak tak payah nak kondem rumah saya tak cantik. Saya tak perlukan khidmat nasihat awak,” katanya.

Aliff berkongsi perkara tersebut melalui akaun Instagramnya pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Aliff juga menyatakan bahawa setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza dalam menghias dan mendekorasi rumah masing-masing.

Malah, dia juga mendakwa individu tersebut tidak berdaftar dengan Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.

“Setiap orang ada selera masing-masing, tak perlu sebut nama sesiapa.

“Duit saya, konsep saya, rumah saya, ikut suka hati saya… Sesuka hati kata rumah aku macam kedai tomyam, nak tengok rumah awak pula yang mega itu,” luahnya.

Sebelum ini, seorang pereka dalaman mendakwa rumah usahawan tersebut terlihat murah disebabkan susunan perabot dan hiasan yang tidak terlihat mewah.

Individu tersebut berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok miliknya dan ia menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Baca Lagi:
Lelaki sesat tak jumpa ruang solat dalam masjid, penduduk dakwa masjid ini dibina oleh jin hanya satu malam sahaja
Fungsi sebenar lubang atas penapis, ramai yang salah guna selama ini
“Ada ahli perniagaan takut nak isi PADU, risau kantoi kahwin dua”
CATEGORIES