Lelaki sesat tak jumpa ruang solat dalam masjid, penduduk dakwa masjid ini dibina oleh jin hanya satu malam sahaja

Lelaki sesat tak jumpa ruang solat dalam masjid, penduduk dakwa masjid ini dibina oleh jin hanya satu malam sahaja

Lelaki sesat tak jumpa ruang solat dalam masjid, penduduk dakwa masjid ini dibina oleh jin hanya satu malam sahaja. Di Indonesia, terdapat satu masjid yang menurut orang tempatan di sana, ianya didakwa dibina oleh jin, ia adalah Masjid Tiban yang terletak di Malang, Jawa Timur, Indonesia.

Ia didedahkan oleh seorang YouTuber tempatan yang melancong ke Indonesia dan telah mengunjungi masjid tersebut.

Susah nak jumpa ruang solat, rupanya…

Lelaki sesat tak jumpa ruang solat dalam masjid, penduduk dakwa masjid ini dibina oleh jin hanya satu malam sahaja

Melihat rupa masjid tersebut, rekaannya agak unik berbanding dengan masjid-masjid yang kita selalu nampak kerana ia sangat besar dan menurut Fikri Zamri, ketinggiannya diibaratkan seperti 10 tingkat bangunan.

Menurutnya, warga tempatan mendakwa bahawa ia dibina oleh jin dalam masa satu malam sahaja. Katanya lagi, warga tempatan pelik kerana masjid ini tiba-tiba sahaja muncul kerana menurut mereka tiada masjid di kawasan itu pada sehari sebelumnya.
Tambahnya kebesaran masjid ini membuatkan Fikri bersama rakannya tak dapat menemui pintu masuk. Ketika Fikri masuk ke dalam masjid itu, suasana dan dekorasinya persis seperti di dalam gua, ia mengingatkan dia pada saat dia berada di Vietnam mengunjungi ‘The Crazy House’.
Bagaimanapun, masjid itu kelihatan sangat indah dengan adanya kolam ikan, akuarium, dan pelbagai hiasan lain. Walaupun begitu, dia dan rakannya menghadapi kesulitan untuk menemui ruang solat walaupun sudah kedengaran azan di dalam masjid tersebut.

Walaupun mereka berhasil menemui ruang untuk berwuduk, mereka masih belum menemui ruang solat ketika waktu solat telah tiba. Sepanjang pencarian mereka, setiap ruangan di dalam masjid itu kelihatan sangat indah, malah terdapat studio foto dan kedai di dalamnya.

Namun akhirnya, mereka berhasil menemui ruang solat dan setelah menunaikan ibadah, mereka meneruskan penjelajahan di dalam masjid tersebut dan terkejut mendapati adanya sebuah kolam di dalamnya.

Setelah menunaikan solat fardhu dan menjelajah di dalam masjid tersebut, orang tempatan menerangkan kepada mereka bahawa sebagai orang luar, mereka perlu meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan bagi sesiapa yang mengunjungi tempat tersebut agar tidak terganggu.

Entah lah bila min tengok, rasa gerun sikit ada, tapi lawa pun ada.

Mengenai Masjid Tiban

Serba sedikit fakta dan sejarah mengenai masjid ini, menerusi detik.com, pada asalnya, Masjid Tiban adalah sekolah pondok atau madrasah yang bernama Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah. Ia juga dikenali sebagai Pondok Bi Ba’a Fadlrah yang membawa maksud lautan madu. Nama itu diberikan agar pengunjung mendapat berkat dari Allah SWT.

Seperti yang diperkatakan, Masjid Tiban dibangunkan dengan bantuan jin. Cerita itu berdasarkan proses pembangunan dan keindahan masjid yang kelihatan tidak ternilai dan siap begitu cepat.

Dalam bahasa Jawa, Tiban bermaksud tiba-tiba. Walau bagaimanapun, pihak madrasah menepis khabar angin itu.

Ini kerana pembangunan Masjid Tiban telah dilakukan sejak sekian lama. Pembinaan masjid ini telah bermula sejak tahun 1987. Namun ia siap separuh jalan hingga disambung semula pada tahun 1992.

Pembangunan Masjid Tiban berdasarkan hasil ilham daripada Ahmad Bahru Mafdlaluddin Shaleh, pengasas sekolah pondok ini.

Pembangunan Masjid Tiban dilaksanakan semasa kepemimpinan pengasasnya iaitu Kiai Haji Ahmad Bahru.

Pembinaan itu adalah hasil kerjasama antara pelajar sekolah pondok dan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. Bahan binaan yang digunakan adalah tanah merah yang dicampur dengan tanah liat dan lumpur.

Baca Lagi:
Butik baju Melayu Elrah terbakar, tapi netizen hairan kenapa siap ada video, dah macam latihan kebakaran peringkat sekolah
Bulan puasa pun ada hantu?, jemaah lelaki tiba-tiba rebah ketika solat, dakwa nampak sesuatu sosok besar menghampirinya
Pemandu e-hailing cemas pelanggan minta hantar jenazah pukul 12 malam
CATEGORIES