Fungsi sebenar lubang atas penapis, ramai yang salah guna selama ini

Fungsi sebenar lubang atas penapis, ramai yang salah guna selama ini

Fungsi sebenar lubang atas penapis, ramai yang salah guna selama ini. Dekat-dekat nak raya ni, kebanyakan orang akan mencari pelbagai barangan dan perkakasan untuk menyediakan pelbagai hidangan dan kuih. Salah satu perkakasan yang dicari adalah penapis makanan.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa fungsi penapis ini adalah untuk memisahkan ketulan atau bendasing dari serbuk atau cecair seperti debu-debu, semut, dan sebagainya. Dengan menggunakan penapis ini, ia dapat meningkatkan tekstur hidangan dan hasil masakan.

Penapis ini juga terdapat dalam pelbagai saiz, mulai dari saiz kecil hingga besar. Contohnya, apabila menuang air teh atau kopi, kita cenderung menggunakan penapis dengan saiz yang sesuai dengan permukaan cawan.

Fungsi sebenar lubang atas penapis, ramai yang salah guna selama ini

Manakala untuk menggunakan dalam proses memasak seperti menyaring tepung, santan, dan sebagainya, ramai lebih suka menggunakan penapis yang lebih besar untuk menampung kuantiti yang lebih banyak.

Secara umumnya, penapis ini berbentuk bulat dengan pemegang pada bahagian bawahnya.

Namun, adakah anda pernah perasan bahawa terdapat satu lagi lubang kecil di bahagian atas penapis tersebut? Umumnya, ramai yang menggunakannya untuk menggantungkan penapis ini.

Tahukah anda sebenarnya ia mempunyai fungsi lain selain daripada menggantung penapis? Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkongsian pemilik akaun TikTok @jason_jezi di bawah ini.

Fungsi Ruang Atas Penapis


Fungsi sebenar lubang atas penapis, ramai yang salah guna selama ini

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Jason, dia memberitahu bahawa lubang kecil pada penapis tersebut juga berfungsi sebagai ‘penahan’ jika pengguna tidak memegang penapis.

Tak perlu pegang lagi, letak ja


Fungsi sebenar lubang atas penapis, ramai yang salah guna selama ini

Dalam klip tersebut, dia meletakkan penapis itu di atas sebuah mangkuk sebelum menuangkan cecair ke dalam mangkuk.

Menariknya, lelaki itu menggunakan sudu yang dimasukkan ke dalam ruang kecil di atas penapis. Sudu itu bertindak sebagai ‘penahan’. Dengan langkah ini, anda tidak perlu lagi memegang penapis semasa menuangkan ke dalamnya.

Dia juga memaparkan perbandingan video jika tidak meletakkan sudu pada ruang kecil penapis tersebut.

Untuk penjelasan lebih lanjut, tonton video di bawah. Semoga berguna.

@jason_jezi Rupanya ada guna lain lubang ni🤓#tiktokguru #jombelajar #ttsboleh #jezismart #tips ♬ original sound – Icahfa shop

Baca Lagi:
Ramai yang tertanya-tanya apa akan jadi jika meter mileage kereta sampai 999999? Ini jawapannya
Bulan puasa pun ada hantu?, jemaah lelaki tiba-tiba rebah ketika solat, dakwa nampak sesuatu sosok besar menghampirinya
Butik baju Melayu Elrah terbakar, tapi netizen hairan kenapa siap ada video, dah macam latihan kebakaran peringkat sekolah
CATEGORIES