Pemain Kelantan FC dedah Zamsaham bayar RM1,000 untuk 20 orang terawal sahaja, lepastu disuruh bersyukur

Pemain Kelantan FC dedah Zamsaham bayar RM1,000 untuk 20 orang terawal sahaja, lepastu disuruh bersyukur

Pemain Kelantan FC dedah Zamsaham bayar RM1,000 untuk 20 orang terawal sahaja, lepastu disuruh bersyukur. Selepas pengumuman yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman mengenai penyelesaian tunggakan gaji secara beransur, seorang bekas pemain Kelantan meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Pemain itu berusia 36 tahun, Khairul Helmi, membuat kenyataan bahawa hanya 20 orang terawal sahaja yang menerima pembayaran tunggakan dari kelab. Ia adalah berdasarkan had yang telah ditetapkan, dan sesiapa yang lambat tidak akan menerima bayaran tersebut.

Khairul Helmi mengakui bahawa dia adalah salah seorang pemain yang tidak termasuk dalam 20 orang terawal tersebut. Namun, dia disarankan untuk bersyukur dengan apa yang telah diberikan.

Pemain Kelantan FC dedah Zamsaham bayar RM1,000 untuk 20 orang terawal sahaja, lepastu disuruh bersyukur

“20 orang sahaja yang dapat, siapa cepat pulak tu, kena bersyukur pulak tu. Saya tidak dapat pun,” kata Khairul Helmi dipetik daripada Facebooknya.

Semalam, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham telah memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM 1,000 kepada setiap pemain sempena menyambut Aidilfitri.

“Berkenaan dengan tunggakan gaji 3 bulan, tetapi Alhamdulillah hari ini saya dapat masukkan sedikit RM1000 sebagai pendahuluan.”

“Ini usaha untuk menyelesaikan tunggakan 3 bulan gaji kerana esok nak raya. Itu sahaja selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” katanya di laman Tiktoknya baru-baru ini.

Untuk rekod, Khairul Helmi merupakan bekas pemain kebangsaan yang memiliki pengalaman beraksi bersama Kedah dan juga Melaka United. Beliau menyertai Kelantan pada musim 2022.

Kelantan FC difahamkan akan beraksi di Liga M3 pada musim baharu ini selepas mendapat peluang daripada Amateur Football League (AFL) untuk menyertai 16 pasukan bagi saingan tersebut.

Baca Lagi:
Masa aku sarat mengandung, mentua sengaja rebus ketupat mentah bagi aku makan sampai muntah, sampai sekarang aku fobia tengok ketupat
Ramai bengang seluar baju Melayu berbulu, mungkin ini sebabnya yang ramai tak tahu
Orang ramai naik kapal perang pulang beraya
CATEGORIES