Ramai bengang seluar baju Melayu berbulu, mungkin ini sebabnya yang ramai tak tahu

Ramai bengang seluar baju Melayu berbulu, mungkin ini sebabnya yang ramai tak tahu

Ramai bengang seluar baju Melayu berbulu, mungkin ini sebabnya yang ramai tak tahu. Tahun ini, ramai lelaki merungut bahawa baju Melayu yang mereka beli untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri cepat berbulu walaupun dibeli dengan harga yang tinggi sehingga mencecah ratusan ringgit.

Namun, seorang pengguna Twitter dengan nama @DeanOrDeen baru-baru ini mendedahkan bahawa bulu-bulu pada baju Melayu mungkin tidak disebabkan oleh kualiti kain yang rendah, tetapi sebenarnya disebabkan oleh hujung samping yang tajam!

Menurutnya, samping yang sering diberikan secara percuma oleh beberapa jenama mungkin tidak berkualiti dan mempunyai jahitan yang boleh merosakkan seluar.

Ramai bengang seluar baju Melayu berbulu, mungkin ini sebabnya yang ramai tak tahu

“Jangan selalu salahkan baju. Periksa samping yang dibeli, sama ada yang murah atau berkualiti.
“Yang murah, hujungnya TAJAM. Ia boleh merosakkan seluar. Yang mahal ada kepala kain seperti ini. Jika anda memakai yang mahal, peratusan seluar anda yang berbulu hanya 0.01%.
“Samping murah menyebabkan bulu,” katanya.

Selain itu, @DeanOrDeen juga memberikan penyelesaian mudah bagi menangani masalah samping yang berbulu.

Sebenarnya, senang sangat nak repair masalah ini

“Penyelesaiannya? Tarik seluar dengan sedikit tegang, ambil ‘shaver’ dan cukur bulu tersebut perlahan-lahan. InsyaAllah, sedikit demi sedikit akan hilang. Anda juga boleh menggunakan pisau cukur,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial nampaknya bersetuju bahawa samping mungkin menjadi penyebab utama seluar berbulu.

“Mungkin orang yang mengalami masalah kain seluar berbulu itu, seluar mereka bergesel dengan benang samping. Mungkin benang samping yang anda beli itu kasar, tidak dipotong atau mungkin kainnya sensitif dan tidak berkualiti,” kata Nopal.

“Tetapi jika semua jenama sama, dan semua seluar berbulu, mungkin bukanlah kesalahan samping,” kata Ich.

“Betul tu, jangan guna samping murah. Tidak semua kain boleh bergesel dengan baju. Material samping ada yang keras, tajam, seperti plastik. Jika anda menghargai baju anda, tukarlah samping yang sedikit lebih mahal,” kata Rafael.

Baca Lagi:
Subhanallah, penduduk solat sunat istisqa’ selesai solat hujan turun dengan lebat
Lelaki ini hanya jual ubi kayu raih pendapatan lumayan, sehari laku hampir 1 tan
2 pelajar tahfiz jadi imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari hanya dapat RM100
CATEGORIES