YouTuber wanita Korea kongsi video detik-detik abang botak ajak ‘check in’ hotel ketika datang melancong sendirian. Tanpa mengira di mana, golongan wanita sering berhadapan dengan gangguan yang kurang menyenangkan daripada lelaki ketika berada di tempat awam.
Walaupun mereka sudah menunjukkan rasa tidak selesa atau tidak mahu didekati, sesetengah lelaki masih degil dan enggan beredar. Inilah yang berlaku kepada seorang YouTuber asal Korea ini.
“Orang yang baru aku kenal ajak aku pergi hotel.”
Melalui rakaman di saluran YouTube-nya, Kim Jiah berkongsi pengalaman apabila secara tiba-tiba disapa oleh dua lelaki yang tidak dikenali ketika dia sedang makan di sebuah restoran. Walaupun dia hanya melancong seorang diri tanpa teman, pada masa itu sebenarnya dia sedang menunggu untuk memulakan perjalanan ke destinasi lain.
“Singgah ke hotel aku boleh?”
Perbualan bermula dengan sapaan mesra dari dua lelaki bernama Albet dan Alex, kemudian mereka mengajak Jiah untuk berpindah ke meja makan yang sama. Pada awalnya, mereka bertiga berborak dengan mesra walaupun baru kenal.
Tetapi tidak lama kemudian, lelaki botak (Alex) tanpa berselindung mengajak Jiah untuk pergi ke hotel penginapan mereka dengan renungan ‘double meaning’.
“Aku yakin tak semua orang Indonesia macam ni.”
Dengan tenang menghadapi situasi tersebut, Jiah terus mengatakan bahawa dia akan bergerak ke lokasi lain tidak lama lagi. Mereka bertiga meneruskan makan seperti biasa, tetapi lelaki botak itu kelihatan seolah-olah masih cuba ‘memancing’ Jiah, termasuk cubaan untuk menyuapkan manisan. Walaubagaimanapun, sekali lagi, Jiah menolak dengan sopan.
@jiah4548 apakah aku harus lanjut travelling di indonesia?? #jiahdarikorea #kuliner #travelling #fyp ♬ suara asli – Jiah_4548🇰🇷🇮🇩