Patutlah makin ramai penyondol, ini ciri-ciri yang ada pada suami orang yang ramai tak tahu

Photo of author

By Joe

Patutlah makin ramai penyondol, ini ciri-ciri yang ada pada suami orang yang ramai tak tahu. Percaya atau tidak, kata-kata manis yang penuh dengan rayuan, cinta sayang, dan belaian jiwa, semuanya keluar dari bibir seorang lelaki yang berstatus suami orang tetapi bukan pada isteri sendiri.

Walaupun suami orang ini mungkin mempunyai badan yang gemuk, perut yang buncit, dan telah beruban, ramai wanita bujang atau isteri orang mudah terpikat dengan sifat keperihatinan dan kebolehan mereka dalam mengendalikan emosi yang bergegar-gelora.

Apakah yang membuat suami orang ini begitu menarik? Biasanya, suami orang ini jarang bercakap tentang pasangannya sendiri tetapi boleh mendengar luahan panjang lebar wanita yang tidak puas hati terhadap pasangan sah mereka.

Patutlah makin ramai penyondol, ini ciri-ciri yang ada pada suami orang yang ramai tak tahu

Yang pasti, suami orang ini lebih manja daripada kucing siam apabila bersama dengan kekasih gelapnya. Jika wanita bujang terpesona dengan suami orang itu adalah perkara biasa, tetapi pada masa ini, golongan isteri orang juga sudah mula ‘naik carta’.
Walaupun bilangannya tidak ramai, tetapi situasi ini menunjukkan kerapuhan institusi kekeluargaan. Apa yang telah berlaku dengan sifat pelindung lelaki yang bergelar suami? Mengapa hati wanita begitu terluka?

Perbuatan curang berlaku apabila salah seorang pasangan merasa bosan dan tidak bahagia dengan hubungan mereka. Mereka merasa tidak puas dari segi emosi, komunikasi, dan fizikal, mungkin disebabkan oleh perubahan usia dan sebagainya.

Jadi, ingatlah wahai suami, apabila isteri mula berasa tidak dihargai, hubungan akan mula merenggang, dan di situlah benih-benih pasangan mencari alternatif baru akan bermula.

Kembalikan perhatian anda kepada isteri yang sah kerana mereka memerlukan bimbingan, kasih sayang, dan didikan. Isteri bukan untuk ditekan tetapi untuk dimaafkan dan dilindungi.

Satu perkara yang perlu diingat, syaitan yang bernama Dasim memiliki tanggungjawab untuk memecahbelahkan pasangan suami isteri, memutuskan ikatan perkahwinan, dan memisahkan hubungan. Persoalannya sekarang, adakah wanita penggoda ini yang rakus atau suami orang yang gatal? Tepuk dada tanya iman.

Baca Lagi:
Influencer maut ditembak di kedai makan selepas muat naik gambar makanan di IG
Ini yang anda perlu tahu sebelum buat pilihan pindahan amaun ke Akaun 3 KWSP bermula esok
Jangan panik jika tersalah transfer duit ke akaun orang lain, ini cara nak dapatkan balik