Balik kampung beraya, rumah Rafizi dipecah masuk 10 suspek

Balik kampung beraya, rumah Rafizi dipecah masuk 10 suspek

Balik kampung beraya, rumah Rafizi dipecah masuk 10 suspek. Kediaman rasmi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, telah ‘dipecah masuk’ oleh 10 suspek semasa beliau pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut Rafizi melalui satu hantaran, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas ‘suspek’ tersebut ditinggalkan selama beberapa hari.

“Pemilik sebuah rumah di sini terkejut apabila rumahnya telah ‘dipecah masuk’ selepas pulang dari cuti Raya. 10 suspek (kucing) yang dikenali telah didapati merangkak masuk ke dalam kawasan dapur rumah dan melepaskan geram pada pokok bunga plastik di dalam kabinet dapur.

Balik kampung beraya, rumah Rafizi dipecah masuk 10 suspek

Beberapa suspek cuba melarikan diri ke tingkat atas rumah dan mencuri peralatan senaman tuan rumah, tetapi percubaan mereka tidak berjaya. Suspek terakhir ditangkap semasa bersembunyi di celah-celah pokok.

“Motif dipercayai berasal daripada rasa tidak puas hati 10 suspek yang tidak dibawa pulang untuk beraya di kampung,” katanya pada Khamis.

Sementara itu, netizen dalam ruangan komen turut terhibur dengan situasi tersebut kerana kelakuan nakal kucing peliharaan Rafizi yang telah mencetuskan kekacauan.

Pengguna @ShahiranHassan berkata, ini merupakan situasi biasa bagi mereka yang memelihara haiwan tersebut sekiranya tidak dikurung ketika ditinggalkan tanpa pengawasan.

“Tinggal kucing tak dikurung, habislah rumah… Mereka tak berak merata sebab dah (sudah) dididik. Mereka buat main habis semua barang… Tisu dalam kotak pun habis dikoyakkan, kena sabarlah,” katanya.

Baca Lagi:
Masa aku sarat mengandung, mentua sengaja rebus ketupat mentah bagi aku makan sampai muntah, sampai sekarang aku fobia tengok ketupat
Orang ramai naik kapal perang pulang beraya
Lelaki buang tahi lembu daripada perut dalam sungai undang perdebatan ramai
CATEGORIES