“Dah setahun kahwin, suami tak pernah sentuh aku, sampai sekarang aku masih dara, rupanya…”

Photo of author

By Joe

“Dah setahun kahwin, suami tak pernah sentuh aku, sampai sekarang aku masih dara, rupanya…”.Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi, berusia 29 tahun dan dah berkahwin 6 tahun. Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan cerita ni. Sebelum berkahwin, aku dan suami (aku gelar S) bercinta 5 tahun.

Sebelum bertunang, S kantoi ada perempuan lain selepas sering kali outstation. Aku memutuskan hubungan dan menukar nombor telefon. Tapi S berusaha untuk pujuk aku kembali, S mencari aku di tempat kerja, dia berjanji untuk berubah.

Aku meletakkan syarat supaya kami bertunang dan bernikah dalam masa terdekat. S menunaikan janji meminangku dan bernikah selepas 2 bulan bertunang. 5 hari sebelum bernikah, S meluahkan rasa dia berubah hati dan tak dapat lupakan perempuan itu dan bercadang membatalkan pernikahan kami.

"Dah setahun kahwin, suami tak pernah sentuh aku, sampai sekarang aku masih dara, rupanya..."

Aku ambil pendekatan untuk tetap tenang dan mencadangkan supaya kami bernikah dan bercerai selepas itu kerana memikirkan persiapan semua 99% dah selesai dan juga memikirkan keadaan mak aku yang tengah sakit selepas diserang strok akibat darah tinggi. S bersetuju.

Seminggu selepas nikah aku meluahkan hal penceraian tetapi S bersungguh-sungguh memujuk aku supaya lupakan untuk bercerai kerana dia dah pilih aku untuk dijadikan isteri. Dipendekkan cerita, setahun lebih bernikah aku masih dera.

Rupa-rupanya S tak sentuh aku sebagai bukti kepada perempuan itu yang S masih sayangkan dia. Perempuan itu tahu kami sudah berkahwin dan S membuktikan dia terpaksa kahwin dengan aku dengan tidak menyentuh aku.
Selepas kantoi perkara itu, aku jadi hilang arah. Aku sakitkan diri aku, aku pukul diri aku. Aku ambil cuti seminggu dengan menipu bos aku keguguran. S bawa aku bercuti dalam keadaan terpaksa. S juga menyentuh aku tanpa kerelaan hati.
Aku sudah tawar hati selepas tahu dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan itu. Aku ‘disentuh’ sambil aku menangis. Selepas tu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali S menyentuh aku. Setahun selepas kejadian tersebut (fasa bahagia aku),

S kantoi lagi dengan perempuan lain. Kali ini aku tangkap dia berwhatsapp dengan seorang perempuan, mereka berkongsi gambar tak senonoh masing-masing. Aku larikan diri dan bermalam di hotel 3 hari. Tapi masih berhubung dengan S.

Aku mintak izin untuk menenangkan diri. Dan ianya berakhir apabila aku menyuruh S call perempuan itu depan aku. Mengaku dia beristeri dan stop berhubung. Selesai bab itu. Kemudian, juga setahun aku baru nak bahagia dan pulih dari kemurungan dan anxiety, S perlu ke outstation luar negeri selama 3 minggu.

Masa itu aku ok dan biarkan dia pergi tanpa langsung rasa syak wasangka kerana dia dah berubah dan menjalankan tanggungjawab batin dia seperti biasa. Ada juga hari yang S booking flight untuk aku ke tempat dia outstation.

Ceritanya bermula selepas dia balik dari outstation, seminggu selepas itu dia outstation semula di tempat yang sama. Sehari sebelum dia pergi, aku meminjam telefon S sebab nak call mak aku (handphone aku pakai kredit, S guna bill).

Tergerak hati aku nak buka whatsapp S. Rupanya naluri aku betul, S kantoi bercinta dengan staff hotel yang dia menginap masa dia outstation dulu. Dan mereka dah pernah keluar sekali. Outstation kali ke-2 mereka dah rancang untuk jumpa lagi tapi kantoi dengan aku.

Aku mengamuk. Aku suruh dia lepaskan aku. Aku dah tak tahan dianiaya. Sedangkan semua tanggungjawab aku laksanakan. Dari makan, pakai, tempat tidur, nafkah batin semua aku tunaikan. Hari itu S menangis tengok aku mengamuk dan suruh dia lepaskan aku.

S bersungguh-sungguh menangis dan peluk kaki aku. On the spot aku suruh S call perempuan itu untuk berterus terang dia dah kahwin. S buat apa yang aku suruh. Kemurungan aku datang semula. Malah makin teruk hari-hari aku menangis, tak dapat tidur dan kurang selera makan.

Aku ingatkan penderitaaan aku sampai di situ, rupanya tak. Senangnya S berlakon dengan air mata buat aku percayakan dia. 2 minggu selepas itu, S perlu outstation (tentang outstation dia betul, cuma dia akan pergi awal untuk jumpa perempuan itu).

Naluri aku kuat untuk hack whatsapp S tanpa pengetahuan dia. Pagi itu sebelum bertolak kami sempat berpelukan dan aku menangis dipelukannya sambil bercakap aku tak kuat jangan khianati aku lagi. Dia mengiyakan dan berlalu pergi.

Sungguh gerak hati aku tepat, aku cek whatsapp S yang aku hack. Ya Allah, S dalam perjalanan jumpa perempuan itu. Mereka berwhatsapp plan keluar ke mana. Entah apa yang merasuki aku, aku pecahkan almari, tingkap rumah semua.

Aku ambil gambar keadaan aku yang tengah berdarah dan hantar ke S dengan mesej ‘Allah nak tunjuk sekejap je, ni yang kau pilih. Terima kasih sangat-sangat’ beserta gambar screenshot whatsapp mereka. Aku terus hidupkan enjin kereta untuk ke hospital.

S berulang kali whatsapp dan call aku. Aku diam tanpa kata. Sampai di hospital aku dimasukkan ke zon kuning, masa itu aku diam seribu bahasa. Selepas doktor datang untuk cek aku dan bertanya apa yang terjadi. Aku terus menangis sekuat hati aku.

Aku meluahkan apa yang berlaku. Selepas sejam lebih di hospital, S sampai memeluk aku dan meminta maaf. (aku tak pasti macam mana dia tahu aku kat situ) Aku masih diam tanpa berkata apa-apa. Selepas rawatan selesai aku terus dirujuk ke Klinik Psikiatri hospital tersebut.

Suami aku juga diberi kaunseling (atas permintaan aku) tetapi berasingan. Aku diberi ubat psikiatri 2 jenis dan dibenarkan pulang. S ambil cuti 2 minggu menjaga aku. Sebulan telah berlalu, aku masih kemurungan dan perlu makan ubat.

S hari-hari akan mintak maaf dan peluk cium aku. Aku masih tak “move on”. Hampir setiap hari aku mengalami anxiety, berpeluh, jantung berdegup laju, tangan kaki menggigil dan terasa lemah. Hari-hari aku hanya terbaring kaku tanpa buat apa-apa.

Seminggu pertama selepas kejadian, aku tak dapat menguruskan diri aku dengan sempurna. Aku masih menangis hari-hari mengenangkan apa salah aku. Kenapa aku diperlakukan begini. Kenapa dia tak lepaskan aku kalau dia tak suka pada aku.

Kenapa perlu simpan aku sedangkan dia seringkali curang dengan aku. Aku bukan seperti aku yang dulu. Aku seorang yang happy go lucky, di sekolah aku lah ketua pengawas, ketua kawad. Di kampung, aku terkenal sebab sikap ramah dan baik aku dengan semua orang.

Saudara-mara aku kenal aku dengan sikap periang, dan bila aku tak balik kampung mereka akan call cakap tanpa henti rumah sunyi. Pernah suatu hari aku tersentak dengan soalan pakcik aku. Dia datang ke rumah terus ke dapur tempat aku berada, dia bercakap ‘Ada masalah apa-apa ke Fifi? Kenapa muka Fifi lain. Pakcik pelik kalau Fifi balik tapi rumah sunyi. Dulu pakcik sampai ke luar pun dah dengar suara Fifi dari dalam. Fifi sihat ke?’

Allah.. tersentak aku. Pakcik aku pun sedar ‘kehilangan’ diri aku yang sebenar. Ibu, ayah, adik-adik, pakcik-pakcik, makcik-makcik. Maafkan Fifi.. Fifi dah tak macam dulu. Fifi sakit, Fifi perlu makan ubat. Fifi takut jumpa orang, berat Fifi dah turun 7 kilo, Fifi terperap di rumah hari-hari. Fifi menangis. Fifi sayang S. Kalau S tak sayang Fifi, Fifi rela diceraikan. Fifi tak mintak semua ini.. Fifi tak kuat.

Macam mana Fifi nak mintak tolong sedangkan sekelumit kuman pun Fifi tak pernah kongsi apa-apa masalah Fifi dengan orang. Fifi tanggung semuanya sendiri. Fifi tak nak menyusahkan semua orang. Fifi yang pilih S. Allah pilih Fifi untuk lalui semua ini.

Doakan Fifi dari jauh. Doakan semangat Fifi pulih. Doakan S berubah ke arah lebih baik. Sebab Fifi dah tak kuat, Fifi sekarang seperti tebing sungai yang menanti masa untuk runtuh dan hanyut. Fifi takut. Fifi takut kesabaran Fifi diuji lagi.

Fifi takut Fifi mengakhirkan nyawa Fifi di tangan sendiri. Tolonglah Fifi. Fifi tak larat. Fifi tak kuat. Kepada perempuan di luar sana, aku tak salahkan korang kalau korang bercinta tanpa tahu laki tu suami orang. Tapi bila korang tahu tapi masih meneruskan hubungan, korang memang nak menjatuhkan kaum korang sendiri.

Mintak semangat semua. Saya dalam fasa kemurungan yang teruk, perlu ambil ubat dan jumpa doktor. Saya bukan diri saya sekarang. Dengarlah luahan aku Ya Allah insan teraniaya. Aku lemah. – Fifi Natasha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet:

Hadrawati Kasi : Mak u kandungkan u 9 bulan untuk tunggu semua organ u jadi sempurna dan lahir sihat. Kenapa nak bunuh diri.. Korbankan nyawa untuk lelaki yang tiada hubungan darah dan terikat atas dasar nikah? Kalau nak mati kerana anak, boleh terima… Ini nak mati kerana lelaki tak guna tu.. Kasihanilah mak u. Lelaki tu tak worth your tears pun. Laki boleh cari. Satu pergi sepuluh mari.

Maryam Marissa: Lepaskan dia.. lupakan dia.. tak berbaloi nak tunggu kalau lelaki jenis main perempuan camtu.. Sekali dia boleh buat. Memang berkali – kali dia akan tetap buat. Dah memang perangai dia susah nak ubah. Sekarang awak je yang boleh ubah diri awak, hidup awak. Jadi, pilihlah untuk bahagiakan diri sendiri. Stay strong for yourself, okay.

Hanarsha Firdaus: Buat report polis atas dakwaan mental abuse. Dapatkan surat pakar psikiatri. Balik kampung, just inform S, sekadar syarat minta izin. Minta ahli keluarga halang S dari berjumpa Fifi. Fifi, saya rasa awak sangat mudah kesian. Orang yang mudah kesian ini perlukan benteng manusia untuk melindungi dia. Ahli keluarga awaklah benteng itu..

Juliah Hussain: Mengadulah pada Allah, berbual, bercakap atas sejadah, luahkan apa yang terbuku di hati. Mohon diberi petunjuk, apa harus dibuat untuk langkah seterusnya. Percayalah, Allah itu maha mendengar rintihan hambaNya, Dia nak kita bergantung padaNya, bukan pada makhluk. Ingat itu.

Saya pun sedih baca cerita ni. Sabar banyak-banyak, solat jangan tinggal. InsyaAllah ada jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga Fifi. Didoakan moga Allah membantu urusan Fifi.. Aamiin.. #sabarbanyakistighfar..

Cahaya Aishah: Kesiannya.. Fikirlah yang terbaik untuk diri sis.. Penceraian tak semestinya tak boleh bahagia. Apa guna perkahwinan jika hati tak bahagia. Jika hati mend4rita makan hati dengan sikap suami. Kena faham matlamat hidup kita. Dunia hanya sementara, berbaloi ker menyakiti diri untuk lelaki camtu. Cinta manusia adalah sementara. Cinta hakiki adalah menuju ke akhirat sana.

Baca Lagi:
Ada 1,050,000,000 unit saham ditawarkan, ini cara mohon saham 99 Speed Mart khas untuk Bumiputera
Anak Puteri Sarah kantoikan mamanya depan netizen
Ini yang anda perlu tahu sebelum buat pilihan pindahan amaun ke Akaun 3 KWSP bermula esok