Masa aku sarat mengandung, mentua sengaja rebus ketupat mentah bagi aku makan sampai muntah, sampai sekarang aku fobia tengok ketupat

Masa aku sarat mengandung, mentua sengaja rebus ketupat mentah bagi aku makan sampai muntah, sampai sekarang aku fobia tengok ketupat

Masa aku sarat mengandung, mentua sengaja rebus ketupat mentah bagi aku makan sampai muntah, sampai sekarang aku fobia tengok ketupat. Hi.. aku June. Sedang berpantang masuk hari ke-5. Dengar takbir raya, aku tiba-tiba sayu dan air mata keluar tanpa aku sedar. Episod aku mengandung anak kali ini amat mencabar.

Tambahan pula aku tinggal di rumah mentua, dan buat sekian kalinya aku tidak dapat beraya di rumah mak aku. Tahun lepas, aku raya sini. Tahun ni disebabkan pantang, aku raya sini juga. Tahun-tahun sebelum ini pun aku raya sini jugak.

Dan aku tahu, mak aku terasa hati bila aku banyak di rumah mentua berbanding rumah mak. Iya la, kalau aku berpantang di rumah mak, agak sukar aku nak ulang alik check kuning anak. Nak pindah rumah sendiri, terpaksa delay dulu sebab baru fasa berpantang.

Masa aku sarat mengandung, mentua sengaja rebus ketupat mentah bagi aku makan sampai muntah, sampai sekarang aku fobia tengok ketupat

Nak paksa laki raya rumah mak aku, nanti mentua takda orang nak bantu persiapan raya. Anak-anak mentua yang lain kalau balik pun, akhirnya yang ke dapur suami aku juga. Nak ajak pindah rumah baru, tambah-tambah nak dekat raya ni mestilah mak mentua tak bersetuju.

Angkat barang ke rumah baru pun dah sedih, apatah lagi sebut nak pindah. Mau menangis hari-hari. Iyalah, ini dah masuk 2 tahun kami duduk dengannya sejak dapat bertukar ke kampung. Sepanjang aku mengandung, alahan aku agak teruk.

Aku dah tak fikir nak masuk dapur, aku banyak habiskan masa dalam bilik dan aku dah tak kisah kalau mentua kata aku malas. Dalam fasa tu, aku langsung tak mampu nak makan apa-apa. Nak harapkan mentua layan, maaf la.

Bertanya nak makan apa pun tidak, lagi ditinggalkan dapur tak berasap adalah. Iyalah ada anak dan menantu boleh masak. Aku pun mula masuk fasa mogok sejak mengandung ni, kalau asyik-asyik aku saja yang masuk dapur.

Last-last suami ambil alih masak untuk mak dia bila dia nampak aku makin murung dan banyak berkurung dalam bilik. Suami aku pula memang sama seperti lelaki lain. Semua benda nak kena beritahu, kena ketuk baru nak buat.

Dan fasa mengandung adalah fasa aku lepaskan tantrum pada suami aku. Siapa tak marah, bila orang tak peduli keadaan kita, apa kita nak makan. Nampak isteri muntah teruk pun, tak tahu nak buat macam mana. Ada sekali tu, suami ajak keluar makan.

Aku seronok la. Tetapi, bila jumpa kawan perempuan, dia boleh berborak sampai aku yang dah lapar ni tanya nak order apa pun tak diendahkan. Balik rumah, memang aku direct lepaskan marah aku. Terdiam suami sebab sebelum ni aku sabar saja, tak pernah jerit-jerit bagai.

Sampai satu tahap aku sangat stress bila suami macam tak faham fasa yang aku lalui, dan buat pertama kali suami naik tangan ke muka aku. Dan mentua ada masa kejadian itu. Sejak kena tampar, aku jadi trauma dengan suami. Aku menjerit bila dia dekat dengan aku.

Suami banyak kali mohon maaf dengan aku. Hari demi hari, semakin bertambah jauh jurang antara aku dengan suami, dengan mentua. Sejak mengandung, aku uruskan fasa mengandung seorang diri. Penuh stres. Aku pergi check up, aku kena jumpa pakar, bayi tak gerak aku drive buat ctg kat hospital aku ulang alik semua sendiri.

Ada juga 3 kali masuk wad sepanjang mengandung ni. Tu pun aku hadap sendiri. Suami macam biasa, lagi aku boleh buat, lagi dia lega. Isteri diakui hebat, semua boleh buat. Boleh bawa kereta, boleh pergi check up sorang diri tak harap laki.

Kalau lapar, boleh cari makan sendiri. Langsung tak tanya apa-apa. Cuma lepas kejadian dia tampar aku, dia macam lebih insaf, lebih banyak mengalah dan sabar dengan aku. Mentua macam biasa, bangun pagi layan tv sampai pukul 9.

Habis, nak tunggu pukul 9 baru nak makan la. Tak kuasa aku. Pukul 7 aku dah masuk dapur, buat sarapan untuk anak-anak. Semakin besar perut, suami makin kerap masak di dapur. Mentua akan masak lauk yang dia nak makan saja. Gulai.. gulai dan gulai.

Aku kalau tak larat masak, aku belikan lauk. Itupun lauk yang aku beli akan dipanaskan selagi tak basi. Tapi satu perangai mentua, bila anak-anak lain balik, wow kemain hebat dia di dapur. Macam-macam dimasaknya.

Sampaikan aku pun terasa, ala.. aku kan menantu je! Dalam fasa-fasa akhir mengandung bulan Ramadhan, aku teringin nak makan ketupat. Nak suarakan kat mak aku, aku segan. Dah la jauh, tak sanggup nak suruh mak buat.
Nak suruh mentua, tak payah la. Akhirnya, aku beli yang beku. Aku kukus untuk berbuka puasa. Masa berbuka puasa, aku rasalah ketupat tu. Tetapi mentah. Rasanya mentua dah tutup api kukus awal sebelum ketupat masak. Aku makan juga 2 biji berpura-pura rasa.
Akibatnya, aku angin satu badan, aku muntah teruk 2 hari. Mujur aku dah mula cuti, boleh rehat di rumah. Itupun, masih aku yang masuk dapur. Kadang-kadang aku terfikir di mana akal mentua aku. Dia faham tak aku ni dah mengandung cecah 39 minggu.. takkan nak tengok buat kerja masak-masak lagi!

Pantang ini memang aku jadi ratu la. Suami aku uruskan aku A – Z. Langsung aku cakap kat suami, jangan susahkan mentua langsung. Nampak suami aku berpenat lelah di dapur buat persiapan raya, aku jadi sedih. Sedangkan bukan takde orang lain.

Kalau aku tak bersalin, memang aku dah bantu suami aku. Tapi apa nak buat! Petang tadi, aku nampak ketupat mentua buat atas meja. Memandangkan aku dah bersalin dan berpantang, aku pandang sepi ketupat tu. Sikit pun tak ingin nak rasa.

Asyik terbayang ketupat itu, air mata aku gugur lagi. Bukan teringin nak makan, tapi timbul satu perasaan yang sedih sangat. Sedih tengok ketupat. Harap – harap aku berjaya habiskan tempoh pantang dengan sihat. Tak meroyan apa.

Sebabnya, time pantang inilah, memori sedih aku mengandung mula terbayang – bayang. Ketupat lagi la. Harap – harap tak fobia la kalau jumpa ketupat lepas ini. Doakan ya! – June (Bukan nama sebenar)

Komen warganet:

Ezan Izzah Izzy: Stay strong sis. Nak nangis time pantang ini nangis la puas – puas. Jangan disimpan dalam hati nanti merana diri atau sampai depress. Hormon time pregnant / pantang ini memang selalu buat kita sedih / overthinking / exaggerate walaupun bagi orang lain benda kecil atau nonsense.

Luahkan je sis yang penting jangan cederakan diri / baby / sesiapa. Doakan laki sis diberi kesihatan berpanjangan boleh urus sis pantang dan mak dia jugak. Fokus pada baby paling penting sebab baby perlukan sis sangat – sangat dalam fasa pantang ini.

Mazni Hrn: Awak duduk mana, June? Bila baca cerita awak ni, ada satu perasaan yang ‘meresap’ ke jiwa akak ni. Akak pernah duduk dengan mentua, pernah berpantang di rumah mentua (anak no 4 akak upah orang datang urus akak dalam pantang, mandi baby, cuci kain kotor selama 2 minggu, sampai akak boleh urus diri sendiri). Awak untung sekurang-kurangnya suami mahu ke dapur.. harap awak kuat ya, jaga emosi awak.

Suraleeya Ara: Emosi tak stabil masa pregnant dan pantang ni. Nak mentua layan, tak boleh tu. Mungkin dia dah penat dan tua. Bagi la dia enjoy time – time anak dia da besar ni. “Rasanya” mentua tutup api awal masa kukus ketupat.

Dah rasa sikit tak masak elok, kukus la balik. Kesian suami tolong mentua buat persiapan raya, takpe, tu anak lelaki dia. Rehat banyak-banyak, mental fizikal kena kuat untuk baby dan anak-anak yang lain.

Baca Lagi:
Isteri dah macam janda, luahan pemandu bas buat ramai sebak, 15 tahun dah tak beraya bersama keluarga
Hukum ziarah kubur pagi raya, ini penjelasan Ustaz Wadi Annuar
Lelaki ini hanya jual ubi kayu raih pendapatan lumayan, sehari laku hampir 1 tan
CATEGORIES