“Allah nak tunjuk depan mata”- Isteri terkejut jumpa bukti suami skandal dengan ramai ‘mak nyah’ semasa tolong cas telefon

Photo of author

By Joe

“Allah nak tunjuk depan mata”- Isteri terkejut jumpa bukti suami skandal dengan ramai ‘mak nyah’ semasa tolong cas telefon. “Iman tidak dapat diwarisi. Dari seorang ayah yang bertaqwa.” Lirik lagu ini mungkin cukup sesuai untuk menggambarkan pendedahan mengejutkan yang dibuat oleh seorang wanita bernama Nafila.

Sudah 7 tahun menjalani kehidupan berumah tangga dengan 5 orang anak, dia tidak menyangka suaminya, seorang penceramah dan ustaz di sebuah sekolah pondok, menyimpan satu sisi gelap yang lain.

Suaminya mempunyai satu Facebook khas untuk menyimpan semua nombor telefon selingkuhannya. Setelah 10 tahun menjalani kehidupan berumah tangga beberapa tahun lalu, Nafila pernah menemui bukti bahawa suaminya melanggan pelacur untuk kepuasan nafsu sendiri.

"Allah nak tunjuk depan mata"- Isteri terkejut jumpa bukti suami skandal dengan ramai 'mak nyah' semasa tolong cas telefon

Oleh kerana perbuatan itu dilakukan semasa masih bujang, pihak keluarga menyuruh Nafila memaafkan sahaja, selain dari memikirkan nama baik keluarga yang sangat dihormati dan beragama. Ibu saudaranya pernah mengalami perceraian dan berkahwin dua kali, jadi mereka tidak mahu mengalami kejadian serupa lagi.

Isteri terpaksa bergantung pada ubat kerana disahkan mengalami keadaan anxiety.

Walaupun begitu, pada awal Januari tahun ini, Nafila yang sedar akan perubahan sikap suaminya, terus mengerjakan solat sunat istikharah dengan harapan agar Allah memberikan petunjuk. Keresahan hatinya selama ini akhirnya terjawab dengan satu kejadian. Suaminya sedang tidur dan kebetulan, telefon bimbitnya sudah hampir kehabisan bateri (tinggal 1%).
Nafila kemudiannya mengambil gajet tersebut untuk dicas, namun tiba-tiba skrinnya menyala dan memaparkan ruangan log masuk aplikasi Facebook. Dengan perasaan sedih, Nafila mendapati bahawa ia adalah akaun palsu milik suaminya yang digunakan untuk berinteraksi dengan ratusan wanita sebagai penghibur nafsu. Selain dari wanita-wanita yang berusia seperti ibu-ibu, majoriti skandal lelaki tersebut melibatkan golongan Mak Nyah.

Ibu mentua tetap bela anak walau diberitahu kebenaran

Berani bersumpah atas nama Allah, lelaki terbabit sewenang-wenangnya berkata hubungan terlarang itu tak lebih dari sekadar perbuatan ‘ringan-ringan’. Namun penjelasan yang keluar dari mulutnya amat jauh berbeza dengan bukti eksplisit (18+) yang ditemui oleh Nafila. Difahamkan, terdahulu pasangan ini bernikah hasil ta’aruf dan dijodohkan oleh pihak keluarga.

Mengetahui kejadian itu, kedua orang tua Nafila meminta maaf dan cukup merasa bersalah. Tapi bagi pihak mentua, mereka terus membela-bela si anak lelaki.

Nafila : Umi, anak Umi ini selingkuh dengan Mak Nyah Umi.

Umi : Memang kenapa kalau dengan Mak Nyah? Kau pun memang dah taknak dengan anak aku.

Dia menganggap perbuatannya adalah normal… Benda yang tidak normal tidak sepatutnya dinormalisasi. Nafila ingin menumpukan perhatian pada penyembuhan gangguan emosinya dan menunda penceraian.

Walau begitu, dia tidak menafikan bahawa masih ada rasa sayang terhadap suaminya. Namun, di sisi lain, dia berharap agar lelaki yang mempunyai ‘selera’ yang aneh itu mendapatkan rujukan daripada pakar kesihatan dengan segera. Jika bukan untuk Fila, sekurang-kurangnya lakukanlah demi anak-anak.

Baca Lagi:
Anak Puteri Sarah kantoikan mamanya depan netizen
Dah besar orangnya, wajah anak gadis Faizal Husein raih perhatian ramai
Ada 1,050,000,000 unit saham ditawarkan, ini cara mohon saham 99 Speed Mart khas untuk Bumiputera