“Kawan berlagak kaya, dia hina aku pakai Android, setiap kali dia berlagak aku doakan dia miskin, satu hari dia kemalangan kaki kena potong..”

“Kawan berlagak kaya, dia hina aku pakai Android, setiap kali dia berlagak aku doakan dia miskin, satu hari dia kemalangan kaki kena potong..”

“Kawan berlagak kaya, dia hina aku pakai Android, setiap kali dia berlagak aku doakan dia miskin, satu hari dia kemalangan kaki kena potong..”. Assalamualaikum WBT, saya kenalkan diri saya, nama samaran saya Thomas dan saya merupakan pembaca tetap di laman ini. Mari kita masuk kepada cerita. Saya merupakan seorang penduduk di Perak, hidup saya pada asalnya tidak miskin dan tidak kaya.

Cukup untuk hidup secara sederhana tetapi tidak mampu untuk membeli lauk sotong di kedai mamak setiap hari. Saya membesar bersama kawan-kawan yang beragam. Ada yang kaya, ada yang susah, ada yang senang dan ada juga yang seperti saya.

Di kampung, saya mempunyai kawan-kawan sepermainan sejak kecil dan hingga kini dan ada di antara mereka yang berjaya dan ada di antara mereka yang hidup dengan mencukupi. Saya mempunyai seorang kawan yang kaya, saya panggil dia sebagai King.

"Kawan berlagak kaya, dia hina aku pakai Android, setiap kali dia berlagak aku doakan dia miskin, satu hari dia kemalangan kaki kena potong.."

King hidupnya agak mewah, rumahnya juga berada di bahagian corner lot, ayahnya bekerja sebagai orang besar di bank dan ibunya seorang guru. Beliau sejak kecil menjadi rakan sepermainan saya dan kawan-kawan, tetapi kami sering merasa rendah diri dengannya kerana beliau sering merendahkan kami.

Pada suatu petang, kami seperti biasa bermain bola di padang. Ketika itu saya dan kawan-kawan sedang mengikat tali kasut sambil berbual dan ketawa. Tiba-tiba, King datang, memegang dua bot kasutnya di sebelah kanan, memegang air yang botolnya adalah botol Adidas Original di sebelah kirinya. Dia datang, mencari tempat untuk duduk.
Di tempat duduk yang kosong, ada kasut kawan saya, Amin yang mana Amin sedang menyapu minyak “boxing” di sebelah itu. Datang King, beliau menendang kasut yang berharga RM25 itu sambil berkata “Kasut murah ni tak boleh bawak masuk padang, rosak padang ni nanti”.
Kami terpaku. Amin lagi lah. Beliau bukan dari keluarga yang senang, bapanya hanyalah seorang tukang sapu di sekolah dan ibunya seorang penjaja kuih di kawasan berdekatan. Kami pun agak terasa dengan perkataannya kerana kami tidak semewah beliau, beliau mampu membeli barangan mahal dengan wang ibu bapanya manakala kami tidak mampu.

Ada satu lagi cerita. Kami lepak di kedai makan lewat malam. Pada ketika itu, kami baru habis SPM, dan suka lepak di kedai sehingga lewat malam. Ada 5 orang, saya, King dan 3 lagi rakan saya. Sedang rancak bersembang, tiba-tiba ibu panggil saya tetapi suara ibu tidak kedengaran. Saya tutup panggilan tersebut. King dengan gayanya berkata

“Buang je lah telefon tu, telefon murah mana boleh dengar suara orang call, beli iphone macam aku la, boleh buat semua”. Saya terkilan dengan perkataannya. Padahal ketika itu, line telefon saya sahaja yang bermasalah. Oleh kerana telefon saya ketika itu hanyalah sebiji Lenovo, saya direndahkan olehnya yang gayanya seperti sultan yang telah menakluki hasil bumi.

Diringkaskan cerita, majoriti rakan sepermainan saya baru habis belajar pada 3 tahun lepas dan sedang berkira-kira untuk mencari pekerjaan. Ramai yang keluar berhijrah, ada yang berhijrah di ibu kota dan ada juga yang keluar mencari rezeki di Pulau Pinang.

King, mendapat pekerjaan yang baik di salah sebuah kilang cip pemprosesan yang terkenal di dunia yang terletak di Pulau Pinang. Agak lama kami tak lepak bersembang kerana semua sibuk dengan kerjaya masing-masing. Ada yang terpaksa bekerja hingga ke larut senja dan ada yang terpaksa “outstation” berulang kali.

Satu hari, ketika raya Aidilfitri, kebetulan ketika itu semua kawan-kawan saya ada di kampung. Kami lepak di kedai mamak, masing-masing dengan excited menceritakan soal kerjaya masing-masing. Macam biasa, King dengan gayanya bercerita dapat masuk kerja di kilang terkemuka dunia, cerita tentang skop kerjanya dan banyak lagi.

“Kerja saya syok wei, saya dapat WFH.”

“Bonus saya 4 kali setahun wei, hampa mana dapat.”

“Memang saya stay kat company ni, dapat kerja sampai tua, boleh beli BMW.”

“Kerja saya busy, siang malam kerja, gaji pun banyak.”

Orang lain juga bercerita, tetapi tidaklah berlagak sepertinya, hanya bercerita yang penting sahaja tentang kerja. Tujuan kami berkongsi itu bukan untuk menunjukkan kejayaan, tetapi sekadar untuk bertukar pendapat, berkongsi tentang kemajuan masing-masing dalam kehidupan.

Bila tiba giliran kami untuk bercerita, semuanya tak kena di mata King. Dalam tekun kami bercerita, ada saja yang disampuknya.

“Tak syok la kerja kau, jadi hamba majikan”.

“Kerja macam ni dapat gaji sikit je?”

“Serius la kau nak kerja macam ni?”

“Tengok macam kerja kau ni, memang takleh maju dalam kerja”.

Apa yang kami ceritakan, ada sahaja yang King tidak suka. Kami hanya mendengar sahaja dia ‘sembang’ dan kami seolah-olah tutup telinga sahaja dengan kata-katanya. Kami seolah-olah sudah lali kerana telah mengenali beliau lebih 15 tahun.

Kata-katanya sering terasa menyakitkan hati kami. Beliau dengan bangganya menunjuk-nunjuk slip gaji semata-mata untuk menunjukkan kepada kami. Ada kalanya, beliau hantar dalam group WhatsApp cakap penat kerja. Kami reply sahaja untuk sedapkan hati beliau.

Tetapi beliau seolah-olah berkata beliaulah orang yang paling penat bekerja atas muka bumi ini. Kami malas nak ambil tahu dengan kesombongan beliau. Satu hari, kami mendapat perkhabaran bahawa ayahnya meninggal dunia kerana penyakit tiga serangkai.

Beliau kesedihan untuk tempoh yang singkat kerana hubungan beliau dengan ayahnya agak renggang. Tetapi, apa yang digusarkannya adalah wang yang beliau akan dapat nanti tidak banyak seperti sediakala.

Sebelum ini, beliau banyak bergantung kepada wang ayahnya untuk hidup mewah. Tetapi, oleh kerana beliau sudah bekerja, kehilangan ayahnya hanya sedikit memberi kesan kepada beliau. Setelah 8 bulan ayahnya meninggal, beliau masih bekerja di tempat yang sama. Tetapi, satu peristiwa telah memberi kesan yang lama-lamanya untuknya.

Satu hari, ketika beliau baru pulang dari makan malam menaiki motosikal, beliau dilanggar oleh sebuah kereta dari arah kanan. Beliau melanggar lampu isyarat dan telah dilanggar dari sisi oleh kereta dan menyebabkan beliau kehilangan kaki yang terpaksa dipotong kerana betisnya dilanyak oleh kereta tersebut. Nasib beliau baik, nafasnya masih segar.

Beliau terpaksa mengambil cuti sakit selama 3 bulan dan telah diberikan pilihan untuk mengambil VSS (voluntary separation scheme), diberikan pampasan oleh syarikat tetapi dikeluarkan dari kerja. Pada awalnya, beliau gembira dengan pampasan tersebut, tetapi lama kelamaan, duit pampasan itu digunakan dengan boros sekali dan wang tersebut semakin menyusut.

Beliau mencari kerja, tetapi oleh kerana keadaan fizikalnya yang tidak sempurna, beliau ditolak bekerja oleh mana-mana syarikat. Aku mula serba salah kerana sebelum ini, setiap kali beliau berlagak, aku selalu mendoakan agar beliau merasai sendiri kesusahan yang kami hadapi.

Kini, beliau telah pun hadapi kesusahan ini dan mula sedar tentang kesilapan beliau masa lalu. Tetapi, apakan daya, lagak beliau sudah hancur menjadi debu-debu yang perlahan-lahan hilang dibawa angin. – Thomas Rudent (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet:

Anne Is: Dulu saya pun ada pelajar yang sombong macam ni. Baru T2. Bapanya kerja bank, jawatan besar, ibunya ada butik. Ibunya pernah datang masa hari laporan kad, dia pulak no 1, ibunya respon, pandai di antara kera!

Ayahnya, guru kelas nak minta slip gaji, suruh pemandu hantar siap lekat karet tu. Lepas tu saya ajar adiknya pula. Sama juga.. dengan saya bersembang saja. Pernah bertanyakan cara saya menilai kertas matematiknya. Dia kata, guru tuisyen saya kata, saya patut dapat markah di sini, saya tolak. Tiada markah yang diperuntukkan di situ.

Bila dia tidak hadir ke sekolah, kawan-kawan cerita pelbagai. Tanya saya, cikgu, jacuzzi tu apa? Dia kata rumahnya ada jacuzzi. Saya terperanjat seketika. Ahh tidak, terima kasih. Saya akan beli yang baru untuk anak saya masuk sekolah berasrama. Anak sulung saya masuk sekolah berasrama tentulah saya hendak beli yang baru.

Baca Lagi:
Kelibat ‘buaya’ dilihat berdekatan Taman Tema Air Lost World Of Tambun buat ramai risau
Pemandu lori terkejut tengah tidur kereta dan rumah ditembak pukul 3 pagi
28 suspek dicekup merusuh serang kereta guna parang
CATEGORIES