Wanita tergelincir ketika cat kubur, sekelip mata muka bertukar jadi putih separuh, netizen minta maaf sebab tergelak

Wanita tergelincir ketika cat kubur, sekelip mata muka bertukar jadi putih separuh, netizen minta maaf sebab tergelak

Wanita tergelincir ketika cat kubur, sekelip mata muka bertukar jadi putih separuh, netizen minta maaf sebab tergelak. Tabiat manusia berubah-ubah, malang tak selalu dikenal dengan baunya. Satu peristiwa mencemaskan berlaku kepada seorang wanita ketika dia tergelincir semasa mengecat kepala kubur ahli keluarganya.

Dalam video yang menjadi viral di TikTok, wanita itu terlihat duduk di atas kerusi, sambil mengecat permukaan kepala kubur.

Di sebelahnya pula, kelihatan seorang lagi wanita sedang duduk berdoa sambil menadah tangan.

Wanita tergelincir ketika cat kubur, sekelip mata muka bertukar jadi putih separuh, netizen minta maaf sebab tergelak

Tidak lama kemudian, wanita itu bangun untuk mengecat bahagian hujung kepuk, namun kakinya tergelincir di atas tanah.

Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu menyebabkan wajah wanita berkenaan hampir tersembam di atas kubur.
Lebih menyedihkan, berus cat yang dipegang turut terkena wajahnya.

Dalam video yang tular itu, jelas kelihatan separuh wajahnya terkena cat berwarna putih.

Video itu dikongsi oleh Shahida Shakila Samahan menerusi aplikasi TikTok pada Sabtu.

“10 kali tengok, 20 kali aku gelak. Malang tak berbau. Boleh tahan pedih mata oi. Korang jangan gelak,” ujar wanita itu menerusi kapsyen video.

Video tersebut meraih hampir 40,000 tontonan dalam tempoh empat jam selepas ia dikongsi.

Apabila melihat ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kasihan, namun mereka juga terhibur dengan video tersebut.

@shahidashakilasamahan Malang tak berbau..bole tahan pedihh oi mata🤣🤣korang jgn gelak ok #funny #simpankenangan #raya #raya2024 ♬ Funny – Gold-Tiger

“Akak baru bersalin secara pembedahan dik. Akak lupa akak tengah pantang baru empat hari. Tiba-tiba ketawa sakit perut akak dik.

“Saya gelak bergegar perut dan bahu sambil tutup mulut. Tak berdosa kan?

“Alahai kesian dia. Maafkan saya tergelak. Puas tahan tapi tak boleh. Tergelak juga,” tulis beberapa netizen.

Malah, ruangan komen video itu turut dipenuhi dengan hantaran emoji ketawa yang ditinggalkan netizen.

Baca Lagi:
TikToker kongsi kisah seram lalu highway WCE ketika balik raya, kereta dipenuhi dengan rambut Pontianak
Punca stesen minyak sesak, suami isi minyak, isteri shopping dalam kedai
Lelaki ini terkejut jumpa pusat servis Perodua di negara Nepal
CATEGORIES