Lelaki ini terkejut jumpa pusat servis Perodua di negara Nepal

Lelaki ini terkejut jumpa pusat servis Perodua di negara Nepal

Lelaki ini terkejut jumpa pusat servis Perodua di negara Nepal. Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, telah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila sebuah pusat servis kenderaan ditemui di negara Nepal.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz telah berkongsi menerusi satu posting di Facebook bahawa dia telah menemui sebuah pusat servis Perodua di Kathmandu, Nepal selepas menempuh perjalanan memandu kenderaan jenis Proton Wira dari Malaysia ke Tibet sejauh 12,000 kilometer.

“Pusat servis Perodua di Nepal. Insya-Allah hari ini akan meneruskan perjalanan ke India. Teringin juga nak balik naik flight beraya selepas itu datang balik. Tapi belum pasti lagi,” katanya.

Lelaki ini terkejut jumpa pusat servis Perodua di negara Nepal

Dalam pada itu, pusat servis tersebut didapati tidak hanya memberi tumpuan kepada servis untuk jenama Perodua sahaja, tetapi juga mahir dalam menyelenggara kenderaan jenama lain seperti Proton dan Toyota.

Yang lebih menarik, pemilik pusat servis itu turut dengan bangganya memaparkan sijil latihan teknikal daripada Perodua sebagai bukti kemahiran profesionalnya.

Netizen Terkejut & Bangga

Melihat kepada ruangan komen Facebook, beberapa netizen menyatakan kejutan mereka manakala yang lain pula menunjukkan kagum terhadap pencapaian jenama kenderaan tempatan tersebut.

“Baru tahu ada pusat servis Perodua di sana.”

“Oh, Perodua juga ada di sana ya?”

“Wah! Menarik singgah di pusat servis Perodua Nepal. Hebat!”

Sebagai tambahan maklumat, sebelum ini Fawaz telah menjadi viral di media sosial selepas mengongsikan pengembaraannya memandu kereta selama 11 hari menempuh jarak sejauh 12,000 kilometer dari Malaysia ke Tibet.

Baca Lagi:
Tak percaya dengan rezeki Allah? Ini kisah ringkas yang berlaku dekat aku lepas guna RM5 terakhir dalam poket untuk sedekah
Lelaki jumpa duit bawah daun pisang di tanah perkuburan
Setiap kali aku balik pasar, jiran sebelah selalu jeling tengok aku, rupanya dia ada ‘main’ dengan laki aku
CATEGORIES