Rekaan bentuk stesen kereta api China jadi bahan gelak seluruh dunia, disamakan seperti ‘tuala wanita’. Sebuah stesen kereta api yang bakal dibina di Nanjing, China, baru-baru ini telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial di seluruh dunia kerana beberapa individu menyamakan rekaan cadangan stesen tersebut dengan bentuk tuala wanita!
Menurut laporan South China Morning Post, stesen kereta api itu masih belum dibina, tetapi rekaan bentuk bangunan stesen tersebut baru sahaja diluluskan oleh pihak berkuasa negara itu.
Difahamkan, rekaan bangunan stesen kereta api itu sebenarnya terinspirasi oleh bentuk bunga plum kerana bunga tersebut terkenal di bandar Nanjing.
Walau bagaimanapun, selepas rekaan bangunan baru itu menjadi viral di media sosial, beberapa warganet dari negara tersebut membandingkan stesen kereta api yang bakal dibina itu dengan bentuk tuala wanita apabila dilihat dari pandangan atas (aerial view).
Terdapat juga warganet dari China yang menunjukkan bahawa bunga plum memiliki lima kelopak, namun rekaan bangunan tersebut yang dikatakan diinspirasikan dari bunga tersebut tidak sepadan dengan bentuk bunga tersebut.
Nanjing North Railway Station, the new version of the fairy tale “The Emperor’s New Clothes”, the design takes the idea of plum blossom?
南京北站,新版童话《皇帝的新装》,设计取意梅花,梅花表示很无辜,推友们认为它像什么?#南京 #北站 #梅花 #设计 pic.twitter.com/dKonY0xROj— Wind Lamp風中燈 (@laguizhong) April 14, 2024
Selain itu, terdapat juga yang membuat jenaka dengan menyatakan bahawa bumbung bangunan stesen tersebut mungkin kalis air dan cepat kering kerana menyerupai ciri-ciri tuala wanita yang cepat menyerap.
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, terdapat juga yang memuji rekaan stesen kereta api baru tersebut kerana dilihat sebagai futuristik.