Pemain bola sepak Kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid. Pemain Kebangsaan, Faisal Halim telah dilaporkan telah disimbah asid dalam satu kejadian di Damansara sebentar tadi.
Menurut Stadium Astro, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey telah dikejarkan ke Hospital Thomson bagi mendapatkan rawatan segera.
Difahamkan, bintang Selangor itu mengalami cedera di bahagian badan, tangan dan muka manakala baju yang dipakai juga koyak rabak akibat terkena simbahan cecair itu.
Akhyar Rashid disamun
Sebelum ini, pemain bola sepak JDT yang kini beraksi secara pinjaman dengan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid turut dilapor cedera selepas dipercayai menjadi mangsa samun.
Petik Stadium Astro, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar Kuala Terengganu.
Pemain kebangsaan itu kemudian telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan keadaan pemain itu turut menjadi tular di media sosial.
Antara yang tular adalah hantaran yang memperlihatkan Akhyar sedang berada di atas kerusi roda sambil memegang kepalanya.
Menurut Stadium Astro, Akhyar baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-25 semalam bersama rakan-rakan dan keluarganya.