Neymar menangis kalah judi RM4.93 juta dalam masa sejam

Neymar menangis kalah judi RM4.93 juta dalam masa sejam

Neymar menangis kalah judi RM4.93 juta dalam masa sejam. Nasib malang menimpa Neymar apabila dia kalah menerusi perjudian dalam talian sebanyak £900,000 (RM4.93 juta), dalam masa sejam.

Bintang Paris Saint-German (PSG) yang memperoleh gaji £3.2 juta (RM17.5 juta) sebulan terpaksa menerima kekalahan itu menerusi saluran Twitch.

Walaupun lebih dikenali dengan minat bermain poker, Neymar mencuba nasib menerusi permainan dalam talian.

Neymar menangis kalah judi RM4.93 juta dalam masa sejam

Namun, dia tidak menyangka tindakannya itu menyebabkannya kehilangan sejumlah yang begitu mengejutkan.

Pemain berusia 31 tahun itu kemudian berpura-pura menangis bagi menggambarkan kesedihan akibat kekalahan tersebut.

Dalam beberapa saat, reaksi sedihnya bertukar menjadi ketawa, sebelum dia menjerit dan memasukkan jari ke dalam mulutnya.

Neymar turut bergurau bahawa dia akan meletakkan rakaman momen berkenaan di laman YouTube.

Jelas sekali dia tidak terlalu kecewa kerana kerugian £900,000 (RM4.93 juta).

Sebagai peringatan, perbuaan berjudi di larang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

@geglobo A vida tá difícil aí, Neymar? 😬 O jogador do PSG perdeu 1 milhão de euros em site de apostas e reagiu dessa maneira! Que azar, hein? #ge #sportsnews#neymar ♬ som original – geglobo

Baca Lagi:
“Berderau darah mat”, lelaki terkejut ketika solat ada ‘senjata’ sebelah kaki
Sebab kesilapan ini, Najib meringkuk dalam penjara 12 tahun
Kecoh tarawih paling pantas 20 rakaat dan 3 witir hanya 7 minit sahaja
CATEGORIES