Kecoh tarawih paling pantas 20 rakaat dan 3 witir hanya 7 minit sahaja

Kecoh tarawih paling pantas 20 rakaat dan 3 witir hanya 7 minit sahaja

Kecoh tarawih paling pantas 20 rakaat dan 3 witir hanya 7 minit sahaja. Sebuah sekolah pondok iaitu tempat pelajar membaca kitab suci al-Quran di Kabupaten Blitar, wilayah Jawa Timur masih melaksanakan solat tarawih pantas iaitu sebanyak 20 rakaat dan tiga rakaat witir dalam masa tujuh minit sahaja, lapor portal berita TimesIndonesia semalam.

Pondok Mambaul Hikam merupakan salah satu pusat pengajian al-Quran tertua di Kabupaten Blitar yang didirikan oleh Kiyai Abdul Ghofur pada tahun 1907 dan solat tarawih pantas sudah berlangsung sejak ia didirikan.

Ia kini mempunyai ribuan pelajar dari seluruh Indonesia.
Kecoh tarawih paling pantas 20 rakaat dan 3 witir hanya 7 minit sahaja

Gambar hiasan

“Tradisi solat tarawih cepat ini sudah berlangsung lama. Dicetuskan oleh datuk saya iaitu pendiri pondok ini,” kata Kiyai Muhammad Dliya’uddin Azzamzam yang merupakan cucu Abdul Ghofur dan pengajar di sekolah tersebut.

Dliya’uddin menjelaskan, solat tarawih yang dilaksanakan sama seperti solat tarawih pada umumnya termasuk jumlah rakaat hingga pada bacaannya.

Imam solat tarawih itu membacakan surat al-Fatihah dan surah-surah pendek, manakala hanya lafaznya dipercepatkan.

“Semua dilaksanakan rukun-rukunnya. Ertinya tidak ada yang salah, sesuai syariat dan tuntunan agama. Hanya saja bacaan dan gerakannya dipercepatkan,” jelas Dliya’uddin.

Baca Lagi:

“Abah selalu pesan, nak tengok orang tu pembersih ke tak, tengok tandas dia”, sekali aku cek rumah mak mertua tak sangka ini yang aku jumpa

Saintis terkejut jumpa ular sawa makan buaya besar, akhirnya ini terjadi..

Mak ayah aku tak suka aku kerja dari rumah walau gaji RM6k sebulan, malu jiran nampak macam tak kerja dituduh macam bela biawak hidup… Sekali ini yang aku buat sampai jiran terdiam

CATEGORIES