Nampak mewah dan selesa, rupanya hotel berhantu di Melaka, wanita dedah pengalaman di tingkat 11

Nampak mewah dan selesa, rupanya hotel berhantu di Melaka, wanita dedah pengalaman di tingkat 11

Nampak mewah dan selesa, rupanya hotel berhantu di Melaka, wanita dedah pengalaman di tingkat 11. Kerusi bergerak di tengah malam, bunyi cakaran pada dinding, dan suara panggilan anak di luar bilik hotel antara pengalaman ngeri dialami para pelancong tempatan yang menetap di hotel sekitar negeri Melaka.

Peristiwa yang mengganggu percutian di bandar sejarah itu dikongsikan beberapa pengguna di TikTok bagi menceritakan bagaimana mereka berdepan dengan gangguan entiti di sana.

Seorang pengguna TikTok @meiyalabel melalui hantarannya itu berkata, tempahan bilik hotel yang dilihat mewah dan selesa bertukar menjadi pengalaman paling menyeramkan baginya buat percutian pada bulan Oktober tahun lalu.

Nampak mewah dan selesa, rupanya hotel berhantu di Melaka, wanita dedah pengalaman di tingkat 11

“Saya pilih hotel ini untuk memudahkan perjalan ke pusat beli belah, perkara mula jadi seram kira-kira pukul 1.30 pagi hingga 3.30 pagi selepas banyak mendengar bunyi yang pelik.
“Bayangkan pukul 2 pagi dengar bunyi cakaran pada dinding bangunan, ditambah pula bunyi tombol pintu dipusingkan, pukul 6.30 pagi baru saya boleh tidur,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok @asyikin.along turut berkongsikan pengalaman dirinya mendengar suara anaknya di luar bilik hotel walaupun anaknya sudah tidur.

Katanya, dia bersama suaminya keliru seketika apabila mendapati suara anaknya memanggil nama ibunya di luar bilik hotel pada 2 pagi.

“Anak saya ketika itu tidur di bilik hotel bersama adik saya, di sebelah bilik sahaja, saya kemudian bangun untuk lihat sama ada betul anak saya ada di luar pintu bilik.
@meiyalabel I baru lepas balik dari melaka semalam 18/10/22 . Nak share pengalaman seram chck in dkt hotel ni . Pilih sebb hotel nampal mewah & selesa . Lagi best sebb boleh jaln kaki pergi mall . Part seram bila jam 1.30 pagi – 3.30 pagi . Strt dh terdengar mcm2 bunyi pelik2 . Bayangkan jam pukul 2 pagi dgr like bunyi cakaran dekat dinding . Jam 3 pagi mcm ad org buka tombol pintu . Sepanjang masa i x blh tidur sebb shaking until jam 6.30 pagi baru boleh tidur . Sumpah serammmm ! #hotelberhantu #viral #fypシ゚viral ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

“Apabila buka pintu bilik tak nampak pula anak saya di luar, saya kemudian mendapatkan adik saya yang tidur di bilik sebelah, dia memaklumkan anak saya sudah tidur sejak pukul 12 malam lagi.
“Bukan saya sahaja dengan suara anak saya pada pukul 2 pagi itu, suami saya juga dengar, bagi tidak memanjangkan lagi isu ini kami mengambil keputusan untuk jelaskan pada adik saya keesokan harinya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Beberapa pelanggan yang menginap di hotel di negeri ini mendakwa, mereka melalui pengalaman menyeramkan apabila diganggu entiti atau hantu yang mengakibatkan mereka ketakutan kerana tidak tahan diusik.

Di sebalik pengalaman mendebarkan itu, mereka bernasib baik apabila wang pendahuluan dan kos penginapan yang telah dibayar kepada hotel berkenaan dikembalikan selepas berjaya membuktikan bahawa gangguan itu wujud seperti didakwa

Baca Lagi:
Bekas isteri AC Mizal tampil beri penjelasan punca sebenar anaknya menangis ketika majlis nikah
‘Durian kura-kura’ ditemui di Raub, Pahang
Isteri dedah suami bergelar cikgu hidap penyakit ABDL, perangai seperti bayi mahu pakai pampers dan gian nak minum susu setiap malam
CATEGORIES