3 MP BERSATU tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat jauh dari blok pembangkang

3 MP BERSATU tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat jauh dari blok pembangkang

3 MP BERSATU tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat jauh dari blok pembangkang. Tiga daripada empat Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah bertukar tempat duduk di dalam Dewan Rakyat mulai jam 2.30 petang tadi.

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dalam ciapan melalui X, hari ini, memaklumkan bahawa tiga Ahli Parlimen berkenaan, iaitu Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), masih berada dalam tempat blok pembangkang tetapi duduk berasingan daripada Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

“Ya, mereka masih pembangkang. Khabarnya #KualaKangsar (Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid) masih ingin di tempat lama yang sama,” katanya.

3 MP BERSATU tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat jauh dari blok pembangkang

Sebelum ini, Zahari, Mohd Azizi, Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili mengisytiharkan sokongan kepada Anwar atas alasan untuk kepentingan pengundi dan pembangunan di kawasan masing-masing, namun masih kekal bersama BERSATU.

3 MP BERSATU tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat jauh dari blok pembangkang

Khamis lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dilaporkan berkata empat Ahli Parlimen itu memohon menukar tempat duduk masing-masing di dalam Dewan Rakyat.

Baca Lagi:
Nampak mewah dan selesa, rupanya hotel berhantu di Melaka, wanita dedah pengalaman di tingkat 11
“Aku pelik nampak muka mak ‘glowing’ lain macam, rupanya mak baru lepas kena tonyoh mee dekat muka dengan ayah”
Betul ke duit syiling 20 sen 1988 Parlimen berharga RM38,000 sekeping? Ini penjelasannya
CATEGORIES