Lelaki Nigeria bunuh ketua jururawat hospital Serdang terlepas hukuman gantung, rupanya ini yang berlaku

Lelaki Nigeria bunuh ketua jururawat hospital Serdang terlepas hukuman gantung, rupanya ini yang berlaku

Lelaki Nigeria bunuh ketua jururawat hospital Serdang terlepas hukuman gantung, rupanya ini yang berlaku. Seorang lelaki warga Nigeria yang didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang empat tahun lepas telah terlepas dari hukuman tali gantung selepas Mahkamah Rayuan semalam bersetuju untuk menggantikan hukuman tersebut kepada penjara 35 tahun.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah memerintahkan Alowonle Oluwajuwon Gilbert untuk menjalani hukuman penjara tersebut dari tarikh dia ditangkap 16 Mei 2019, serta turut dikenakan 12 sebatan.

Keputusan ini dibuat ekoran pindaan mati mandatori Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mahkamah bersetuju dengan peguam bela untuk meringankan hukuman mati kepada penjara selepas meneliti keadaan dan fakta kes.

Lelaki Nigeria bunuh ketua jururawat hospital Serdang terlepas hukuman gantung, rupanya ini yang berlaku

Ini kerana, tiada bukti menunjukkan bahawa pembunuhan tersebut telah dirancang terlebih dahulu kerana mungkin berlaku pergaduhan sehingga melibatkan pergelutan di antara Gilbert dan mangsa sehingga menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Kronologi kes pembunuhan ketua jururawat Hospital Serdang

Siti Kharina hilang

Pada 8 Mei 2019 yang lalu, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang bekerja sebagai Ketua Jururawat di Hsopital Serdang ini telah dilaporkan tidak pulang ke rumah dan tak melaporkan diri ke tempat kerja oleh rakan serumahnya.

Kehilangannya ini telah dimaklumkan kepada ahli keluarga pada jam 10 pagi dan usaha ahli keluarga untuk menghubungi Siti Kharina juga gagal.

Dia telah dilihat kali terakhir berada di kawasan tempat letak kereta Hospital Serdang pada jam 4 petang hari yang sama memakai pakaian kerja berwarna biru dan memandu kereta Honda City berwarna putih.

Suami Siti Kharina pula mengatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa masalah keluarga dan kali terakhir dia bercakap dengan keluarganya apabila Siti Kharina memaklumkan dia akan pulang ke Kuala Pilah selepas tamat bertugas pada 8 Mei 2019.

Wanita yang telah bekerja di Hospital Serdang sejak 2014 ini telah meninggalkan suaminya dan tiga orang anak perempuannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada 13 Mei 2019 pihak polis dan keluarga telah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Siti Kharina selepas usaha untuk menjejakinya gagal. Pihak polis telah mencari beberapa kawasan seperti Seri Kembangan, Nilai, Cyberjaya, Serdang dan laluan ulang alik ke Kuala Pilah.

Khabar angin mengatakan Siti Kharina telah ditemui selamat telah tersebar pada 14 Mei 2019 namun ia disangkal oleh ahli keluarga dan usaha mencarinya diteruskan.

Siti Kharina ditemui mati dibunuh

Pada 16 Mei, pihak polis mengesahkan Ketua Jururawat Hospital Serdang yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei ini telah ditemui dibunuh di sebuah kondominium yang disewa oleh mangsa di Cyberjaya.

Mayat Siti Kharina ditemui oleh pemilik rumah sewa selepas melihat kesan darah mengalir keluar daripada salah satu pintu rumah tersebut.

Mangsa ditemui tidak lengkap berpakaian, dengan kesan kelar di bahagian dada, leher dan kepala dan siasatan awal kami mendapati ia adalah Siti Kharina yang telah dilaporkan hilang sebelum ini.”

Pada hari yang sama, pihak polis turut menahan seorang wanita warga Nigeria berumur 35 tahun dan seorang lelaki warga Pakistan berumur 38 tahun manakala seorang lagi suspek, Alowonle Oluwajuwon Gilbert sedang dikesan bagi membantu siasatan.

Polis turut menemui pisau dan baju di rumah sewa mangsa dan menolak unsur samun dalam kes Siti Kharina kerana dokumen peribadi dan barang kemasnya tidak hilang.

Keesokan harinya, suspek utama warga Nigeria ini telah berjaya ditahan di Cheras Sentral dan reman ke atasnya dikeluarkan bagi membolehkan siasatan kes pembunuhan Siti Kharina dijalankan.

Manakala hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat wanita berusia 40 tahun ini menemui punca kematiannya adalah disebabkan luka hirisan di leher.

18 Mei 2019, pihak polis mengesahkan bahawa suspek utama pembunuhan Siti Kharina ini telah menyewa bersama mangsa di unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya sejak Januari lalu iaitu tempat yang sama mayatnya ditemui.

Suspek lelaki warga Nigeria itu juga mempunyai kad akses masuk ke kondominium berkenaan dan kediaman itu disewa atas nama Siti Kharina.

“Berdasarkan siasatan polis ke atas suspek dan juga keterangan saksi-saksi lain mendapati, Siti Kharina hanya secara on off (tidak setiap hari) menginap di kondominium berkenaan.”

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat turut mengklasifikasikan kes ini sebagai berjaya diselesaikan.

Kemudian pada 27 Mei 2019, Alowonle Oluwajuwon Gilbert telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan membunuh Siti Kharina Mohd Kamarudin.

Lelaki ini dituduh membunuh Siti Kharina di antara 12.41 pagi 9 Mei hingga 2.30 petang 15 Mei 2019 di Tower 1, 09-01 Third Avenue Condominium, Cyberjaya.

Warga Nigeria dihukum gantung sampai mati

Alowonle Oluwajuwon Gilbert telah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi pada 16 Julai 2020.

Selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, warga Nigeria ini telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang pada 4 Ogos 2021.

Kegagalan tertuduh memberi keyakinan kepada mahkamah menunjukkan bahawa tertuduh ada bersama Siti Kharina pada hari kejadian.

Tanpa keraguan munasabah itu juga, katanya, ia menunjukkan bahawa ada kemungkinan tertuduh yang membunuh ibu kepada tiga anak itu.

Sebaik hukuman itu dibacakan, Gilbert yang hadir dengan memakai baju dan seluar penjara warna putih, tunduk dan menangis di dalam kandang tertuduh.

Terlepas tali gantung

Terbaharu, Gilbert telah terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman gantungnya kepada penjara 35 tahun dan 12 sebatan selepas bersetuju dengan kenyataan peguam bela, Afifuddin Ahmad Hafifi bahawa lelaki ini dan mangsa merupakan pasangan kekasih.

Beliau berkata tiada bukti bahawa pembunuhan itu telah dirancang terlebih dahulu dan memandangkan darah Gilbert ditemui pada pakaiannya serta di tempat kejadian, pergaduhan secara tiba-tiba mungkin berlaku sehingga tercetus pergelutan antara anak guamnya dan si mati.

Baca Lagi:
Kahwin dah lama tapi susah hamil, rupanya kawan baik sihir sebab nak rampas suami
Lelaki jumpa loket emas, barang kemas lama ada wajah Ratu Victoria di Lipis
Lari dari ‘roadblock’, aksi peronda Honda polis kejar Perodua Kancil raih perhatian ramai
CATEGORIES