Jurulatih import pernah melatih skuad kebangsaan kena pecat, kini hidup merana tidur dalam kereta

Jurulatih import pernah melatih skuad kebangsaan kena pecat, kini hidup merana tidur dalam kereta

Jurulatih import pernah melatih skuad kebangsaan kena pecat, kini hidup merana tidur dalam kereta. Seorang jurulatih berstatus import dalam saingan Liga Super ketika ini hidup dalam keadaan tersepit di sekitar Lembah Klang sejak beberapa minggu lalu.

Difahamkan, pengendali yang baharu dipecat oleh pasukan di Liga Malaysia (Liga M) itu terpaksa tidur beberapa hari di dalam kereta selepas duit simpanannya habis.

Difahamkan juga, ketika ini individu terbabit terpaksa tinggal di sebuah stor milik rakannya sementara berusaha mencari dana untuk pulang ke negara asal.

Jurulatih import pernah melatih skuad kebangsaan kena pecat, kini hidup merana tidur dalam kereta

Menurut beberapa sumber terdekat, jurulatih terbabit tidak terus pulang ke negaranya kerana masih menunggu tiket penerbangan yang dijanjikan oleh bekas majikannya sebelum ini.

“Beliau tak balik lagi sebab tiket penerbangan yang sepatutnya ditampung pasukan tak ada. Dalam kontrak jurulatih itu ada menyatakan pasukan akan menampung tiket datang dan balik. Sebab itu beliau masih di sini dan masih tunggu.
“Tapi sampai sekarang tak ada pun tiket dijanjikan, hingga jurulatih itu pun dah pokai tak ada duit. Sebelum ini beliau duduk di hotel guna duit sendiri tapi bila dah lama-lama duitnya dah kering dan itu yang dengarnya duduk kat stor dan dalam kereta,” kata sumber itu.

Arena Metro cuba hubungi jurulatih itu namun gagal dihubungi. Status pengendali itu bukan biasa-biasa apabila pernah melatih sebuah pasukan kebangsaan dan juga pernah bergelar Pengarah Teknikal di luar negara.

Baca Lagi:
Wanita tak sedar dirinya dah berbelas tahun nikah dengan jin, rupanya berpunca suka pakai baju terdedah
“Kerja apa sampai pakai Vellfire? Tungang agama ke?”, ini respon Ustaz Adnin Roslan
Lari dari ‘roadblock’, aksi peronda Honda polis kejar Perodua Kancil raih perhatian ramai
CATEGORIES