Wanita tak sedar dirinya dah berbelas tahun nikah dengan jin, rupanya berpunca suka pakai baju terdedah

Wanita tak sedar dirinya dah berbelas tahun nikah dengan jin, rupanya berpunca suka pakai baju terdedah

Wanita tak sedar dirinya dah berbelas tahun nikah dengan jin, rupanya berpunca suka pakai baju terdedah. Seorang wanita mendedahkan kisahnya yang sering bermimpi indah, didatangi pemuda berwajah kacak.

Menerusi perkongsiannya di akaun TikTok itu, kejadian pelik berkenaan bermula pada tahun 2008 semasa berusia belasan tahun dulu. Menurut sumber, dia menceritakan bahawa dia bermimpi seorang lelaki kacak datang berjumpanya, namun mereka tidak berbual.

Apa yang anehnya, lelaki tersebut hanya mengucup bibirnya, bahkan sampai ke tahap adegan melakukan hubungan intim. Walaupun menganggap ia cuma sekadar mimpi atau mainan tidur, namun dia mengatakan seperti realiti.

Wanita tak sedar dirinya dah berbelas tahun nikah dengan jin, rupanya berpunca suka pakai baju terdedah

Berkahwin tapi tetap ‘diusik’

Dalam pada itu, selepas berkahwin dengan lelaki idamannya yang dikenali sejak zaman sekolah, dia menyangka mimpi peliknya itu akan berakhir. Namun, lebih banyak kejadian pelik berlaku di dalam rumah mereka.

Dipercayai suami dan anak sulungnya sering ‘diusik’ sesuatu, malah tandas mereka mengeluarkan bau busuk yang teruk dan ada ulat kecil muncul memenuhi ruang tamu.

Wanita tersebut mahu mendapatkan bantuan Islam, tetapi suaminya menolak kerana tidak percaya dengan benda-benda ghaib. Maka, wanita tersebut melindungi dirinya dengan cara putarkan alunan zikir dan Al-Quran.

Selain mimipi lelaki kacak, dia juga mimpi budak dan bayi

Selain bermimpi dengan pemuda kacak itu, dia juga sering bermimpi bermain dengan ramai budak dan bayi. Secara kebetulan, wanita itu menghidap PCOS dan memang benar-benar mahukan anak kedua.

Disebabkan takut berlaku salah faham, dia tidak pernah memberitahu suaminya mengenai mimpi tersebut. Dua hari kemudian, bau busuk dan ulat kembali muncul dalam kediaman mereka.

Si suami mula syak ada benda yang tidak kena, maka dia memanggil ustaz untuk ‘memagar’ kediaman mereka. Malah selepas setahun, ulat sama tetap ada tetapi hanya di luar rumah sahaja dan tidak boleh masuk.

Sementara itu, seorang lagi ustaz dihubungi untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara suaminya bercakap dengan makhluk itu sendiri.

@echasusiami Membalas @sari93 semoga terjawab ya ka #dinikahijin ♬ suara asli – Echasusiami

Akhirnya kini terlerai

Rukyah turut berlangsung, ustaz tersebut membaca banyak doa sampailah hati wanita itu menjadi kosong. Segalanya kini telah terlerai, wanita itu akhirnya bebas daripada genggaman jin berkenaan dan tidak lagi alami mimpi yang pelik.

Difahamkan, wanita tersebut waktu mudanya suka memakai pakaian terdedah semasa tidur.

Baca Lagi:
Tinggal kerjaya engineering, mek kelatey nak cepat kaya jual kuih cek mek molek depan rumah je, sebulan dapat RM10,000
Murid tadika bagitahu ada ular dalam bas, penjaga tak percaya marah cakap mengarut, sekali ular jatuh atas tempat duduk
Duit ditemui sebanyak RM353,140 jadi milik koperasi selepas tiada sesiapa menuntut
CATEGORIES