Lampu isyarat pertama di Malaysia ajak pemandu berzikir sebelum lampu bertukar hijau. Penggantian lampu isyarat kuning dengan kiraan zikir tiga kalimah di Kota Bharu, Kelantan telah menarik perhatian ramai.
Melalui perkongsian video di TikTok @izzeyazid, kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar dipaparkan di skrin bersamaan dengan lampu trafik di jalan raya.
Dalam video tersebut, selepas kalimah tersebut diulang tiga kali berturut-turut, perkataan ‘GO’ terpapar seiring dengan lampu hijau yang menyala.
Tindakan ini membolehkan pemandu beragama Islam untuk berzikir sementara menunggu kenderaan mereka bergerak.
Rata-rata orang berpendapat bahawa pihak yang mencetuskan idea ini sangat beruntung kerana akan memperoleh pahala yang besar melalui pelaksanaan kaedah tersebut.
Hingga kini, video tersebut telah mendapat 546,700 tontonan, 46,100 tanda suka, dan 1,000 perkongsian.
@izzeyazid Only in New Castle Kelantan Malaysia #kotabharu #kelantan ♬ original sound – dalia