“Aku tak sangka niat nak buat kejutan untuk isteri, sekali balik rumah aku terkejut ada motosikal sepupu dekat rumah”. Assalamualaikum admin. Ni bukan fb asal saya. Saya hanya nak kongsi pengalaman hidup saya. Saya perkenalkan diri saya sebagai Man sahaja dan isteri saya sebagai Wati. Kami telah pun berpisah pada bulan lepas.
Sayangnya, masjid kami hanya bertahan selama 2 tahun lebih sahaja. Ini semua berpunca dari sepupu isteri. Untuk pengetahuan semua, sepupu dia lelaki, sepupu dia dan juga isteri saya bekerja di tempat yang sama. Pada awal perkahwinan kami, hubungan saya, isteri, dan sepupu dia tidak begitu rapat tetapi kadang-kadang kami berbual-bual sedikit.
Selepas setahun lebih, kami masih belum dikurniakan anak. Mungkin belum rezeki. Selepas hampir 2 tahun berkahwin, perangai isteri saya sudah berubah. Isteri saya lebih suka memuji sepupu dia dan sering bercerita mengenai sepupunya itu.
Apabila sepupunya sakit, isteri akan menghantar pesanan Whatsapp untuk bertanyakan khabar. Saya sebagai suami kadang-kadang berasa cemburu tetapi apabila saya tegur isteri, dia akan berkata, ‘alaa, sepupu pun nak jealous ke?’ Saya bersetuju dan hanya diam. Beberapa kali mereka juga keluar bersama-sama untuk makan tengahari di tempat kerja.
Perkara ini membuatkan saya semakin marah tetapi apabila saya menyentuh hal ini, pasti akan terjadi pertengkaran besar. Seperti biasa, alasan isteri ‘SEPUPU SAHAJA’. Padahal sebelum ini tidak begitu rapat. Hubungan saya dan isteri baik sahaja, saya tidak pernah mengesyaki isteri saya.
Saya percaya kepada setiap perkara yang dia ceritakan. Saya percaya sepenuhnya kerana kelakuan wanita mampu menipu lelaki. Pendek cerita, isteri saya hamil, saya sangat gembira. Sejak itu, isteri saya kadang-kadang mengalami mual dan tidak sihat kerana morning sickness. Kadang-kadang dia perlu ambil cuti kerana tidak mampu untuk bekerja.
Pada suatu hari, isteri saya tidak sihat dan dia cuti pada hari itu, sedangkan saya bekerja seperti biasa. Saya pergi kerja dengan perasaan bersalah kerana terpaksa bekerja. Sebenarnya, saya ingin menjaga isteri di rumah tetapi saya fikirkan tanggungjawab untuk menyara keluarga.
Pagi-pagi saya terfikir untuk pulang ke rumah tengahari untuk makan bersama isteri. Jika dia tidak mampu memasak, saya boleh beli makanan untuk dibawa pulang. Saya menghantar pesanan Whatsapp kepada isteri untuk memberitahu bahawa saya akan pulang untuk makan tengahari, tetapi isteri memberitahu saya bahawa dia tidak memasak. Dia menasihati saya supaya makan di kantin sahaja, dan saya hanya membalas dengan ‘okay’ kerana saya ingin memberikan kejutan dengan membawa makanan pulang.
30 minit sebelum rehat saya, saya sudah membeli makanan dari kantin untuk dibawa pulang. Saya bergegas pulang kerumah kerana takut isteri tidak sempat makan lagi. Apabila saya sampai di rumah, saya terkejut melihat motosikal sepupu isteri parkir di rumah.
Walaupun saya masih bersikap baik dan menganggap mungkin makcik isteri saya yang datang, tetapi saya bersyakap baik kerana pintu rumah terbuka, hanya grill sahaja yang tertutup.
Apabila saya masuk, saya mendengar gelak tawa isteri dan suara lelaki di bilik atas. Saya yakin suara itu adalah suara sepupu isteri. Ini membuatkan hati saya hancur. Saya ingin menyerang mereka tetapi saya tidak mampu. Saya takut akan reaksi sepupu dia jika saya berbuat demikian.
Jadi saya memilih untuk sabar. Saya ambil mangga di motor saya, saya tukarkan dengan mangga rumah. Saya kunci mereka di rumah dari luar. Mereka belum perasan lagi kehadiran saya. Saya terus call mak mertua saya, saya cakap urgent, suruh datang.
Saya suruh bawak makcik juga (mak sepupu) juga. Mak mertua bertanya kenapa? Saya terus m4tikan call. Saya pun duduk atas motor di hujung lorong rumah saya menunggu mak mertua dan makcik. Dalam masa 15 minit mereka berdua sampai. Mujur rumah mereka dekat.
Isteri masih hanyut di dalam rumah bersama sepupu. Makcik isteri saya terus tanya kenapa motor anaknya di rumah saya. Saya hanya diam dengan air mata berlinang dan tunduk. Mak mertua dan makcik terus istighfar, fahamlah mereka dengan apa yang terjadi.
Saya gagahkan lagi untuk call isteri. dia jawab. Saya terus cakap saya di bawah. dia menjerit ‘abang’ berulang kali sambil turun kebawah. Dia terk3jut melihat saya ada bersama mak dan makcik dia. Huru hara sekejap masa tu.
Sepupu dia beberapa kali minta maaf dekat saya tapi saya buat b0doh saja. Saya tenangkan hati, saya ajak duduk bincang. Kalau ikutkan hati saya nak tumbvk saja muka sepupu dia tapi saya fikir ada mak mertua dan makcik. Saya masih hormat mereka sebagai orang tua.
Setelah bawa berbincang baru mereka mengaku pernah beberapa kali terlanjur. Saya masa tu terus bangun dan dah ready tangan nak hayun dekat muka sepupu. Ketika tu saya tak boleh nak tahan marah lagi tapi yang buat saya kecewa apabila isteri berdiri depan sepupunya, dia pert4hankan lelaki tu dari ditvmbuk saya.
Bukan ke patutnya dia cuba peIuk saya dan tenangkan saya. Hanya Allah je tahu perasaan saya. Maka hari itu berakhirnya kisah hidup saya dan dia. Isteri merayu – rayu suruh rujuk balik sebab anak dalam kandungan tapi dalam pemikiran saya adakah anak saya atau anak sepupu dia. Apa patut saya lakukan? Hati ni masih s4kit lagi.
Pesanan saya, jangan fikir ‘SEPUPU SAHAJA’ tak boleh jadi apa – apa. Sebab masing – masing ada nafsu, ada perasaan. Mungkin boleh suka secara tiba – tiba, tak kiralah laki ke perempuan, batas tetap kena jaga walaupun dengan sepupu. Terima kasih admin. -Man-
Komen Warganet :
Cik IrLia Hijazzi : Lepaskan sahaja dia. Anak? Buat DNA lepas bersalin. Jika itu anak awak, bagi nafkah anak. Jika bukan, abaikan. Isteri awak dalam golongan yang tak tahu apa itu syukur dan apa itu bahagia. Awak berhak bahagia.
Kalau isteri awak rasa bahagia, lepaskan. Itu adalah yang terbaik, awak pun tak kan dik4ta dayus. Berpendirianlah dengan ingati Allah. Dia? Awak abaikan selepas berterlanjur itu. Saya faham, erti terIuka, yang kecewa. Awak pilih bahagia awak, barakallah. Bertabah yer. InshaaAllah semoga dipermudahkan..
Nur Hana Ana : Zaman sekarang tak hairan la, kalau sepupu ke, adik beradik ke, kalau sy4itan dah masuk campur. Gini la jadinya. Hati – hati la pilih pasangan tak kira lah kaum hawa ataupun kaum adam. Ini dugaan untuk TT, memang sakit.
Apa pun yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Mungkin bukan dia jodoh yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Semoga TT tabah dan kuat. Jangan lupa cek status anak tu nanti.