Kereta mewah Rolls-Royce bernilai RM1.18 juta dijadikan kereta polis

Photo of author

By Joe

Kereta mewah Rolls-Royce bernilai RM1.18 juta dijadikan kereta polis. Sebuah kereta mewah jenama Rolls-Royce berharga kira-kira AS$250,000 (RM1.18 juta) telah dijadikan sebagai kereta polis di Pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS), seperti yang dilaporkan oleh akhbar New York Post semalam.

Satu rakaman video menunjukkan kenderaan mewah itu dilengkapi dengan lampu siren dan diiringi oleh dua anggota polis yang menunggang motosikal.

“Kami sangat bersemangat untuk memperkenalkan tambahan yang menakjubkan ini kepada pasukan polis Jabatan Polis Pantai Miami,” ujar jabatan itu melalui hantaran di platform X.

Kereta mewah Rolls-Royce bernilai RM1.18 juta dijadikan kereta polis

Walau bagaimanapun, kereta tersebut dilaporkan hanya dipinjamkan kepada jabatan polis oleh syarikat Braman Motors, dalam usaha untuk menarik minat golongan muda untuk menyertai pasukan penguat kuasa tersebut.

“Merekrut anggota polis di negara ini hari ini adalah sesuatu yang sukar.
“Menggunakan kereta ini akan membantu kami melakukan pengambilan (rekrutmen baru) dengan lebih berkesan,” kata Ketua Polis Pantai Miami, Wayne Jones kepada WSVN 7 News pada acara promosi di Pantai Selatan, Khamis lalu.
Baca Lagi:
Rakyat Malaysia buat perangai parkir ‘double park’ di Jepun hingga masuk berita utama
“Andai waktu boleh undur, aku nak kembali zaman ‘single’, aku nak doa sungguh-sungguh”
Guna taktik tarikh lahir gabung nombor kereta, pengawal keselamatan dari Sabah jadi jutawan selepas menang ‘jackpot’ RM13.4 juta