
Lari dari ‘roadblock’, aksi peronda Honda polis kejar Perodua Kancil raih perhatian ramai
Lari dari ‘roadblock’, aksi peronda Honda polis kejar Perodua Kancil raih perhatian ramai. Satu rakaman video dashcam dikongsikan oleh TikTok @megifrizzy telah mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna jalan raya mengekori sebuah kereta peronda Honda Polis mengejar Perodua Kancil.
Pada awal video berdurasi 3 minit 27 saat itu, selepas pemilik dashcam melalui satu sekatan jalan raya, nampak kelibat sebuah Perodua Kancil dari lorong bertentangan membuat pusingan-U dipercayai untuk mengelak melalui sekatan jalan raya di hadapannya.
Selang beberapa saat kemudian, datang sebuah kereta peronda polis datang dari belakang mengejar Perodua Kancil terbabit. Kedua-dua saling memotong antara satu sama lain; Honda polis mahu memberhentikan Perodua Kancil, manakala Perodua Kancil pula cuba melarikan daripada Honda polis.
Aksi kejar-mengejar itu berlangsung dipercayai lebih tiga minit sehingga pemilik dashcam ‘tercicir’ belakang selepas kedua-dua kenderaan jauh meninggalkannya selepas membelok kiri simpang.
Menjengah ruangan komen, ramai yang terhibur melihat video tersebut. Oleh sebab durasi video itu panjang, netizen mengucapkan ‘terima kasih’ kerana membawa mereka jalan-jalan mengelilingi kawasan kampung secara online.
Menurut TikTok @megifrizzy, kejadian itu berlaku di Jalan Bukit Lembu, Sungai Lalang menghala ke simpang tiga kilang kayu Bukit Selambau, Kedah.
@megifrizzy kancil yg ni licik sikit..agak liar.. #chasingthekancil #kancil #kancilbelalang #kancilyangbijak ♬ original sound – megifrizzy