Lelaki ini setiap hari menangis bawa motor selepas terbaca WhatsApp isteri dengan lelaki lain

Lelaki ini setiap hari menangis bawa motor selepas terbaca WhatsApp isteri dengan lelaki lain

Lelaki ini setiap hari menangis bawa motor selepas terbaca WhatsApp isteri dengan lelaki lain. Apabila sebuah perkahwinan diuji dengan kehadiran orang ketiga, haruskah kita maafkan dan beri peluang kedua atau terus sahaja berpisah.

Seorang lelaki berkongsi bagaimana isterinya kantoi mempunyai hubungan dengan lelaki lain di lama Kisah Rumah Tangga.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Lelaki ini setiap hari menangis bawa motor selepas terbaca WhatsApp isteri dengan lelaki lain

Kisahnya bermula begini, baru-baru ini saya tergerak hati dan lihat telefon isteri saya. Orang rumah saya tidak bekerja dan hanya hantar dan ambil anak dari sekolah sahaja.

Selepas itu saya terbaca satu WhatsApp voice note dari telefon isteri dan dia ada lelaki lain selama ni.

Saya ni bekerja sebagai dispatch di agensi kerajaan dan balik kerja saya sambung sebagai penghantar makanan serta kadang kala baiki motor kawan-kawan untuk menyara keluarga.

Saya berkenalan dan berkahwin dgn isteri saya masa tu dia janda anak satu yang kematian suami disebabkan kemalangan.

Anak tiri tu saya bela dan jaga dari kecil sampailah nak ambil spm tak lama lagi.

Rezeki saya dapat anak kandung seorang. Saya tak ada pun bezakan kedua-dua. Semua sama rata.

Dari segi keperluan semua saya sediakan seperti rumah kereta dan duit keperluan.

Saya tahu tanggungjawab saya sebagai suami tapi tak sangka isteri buat saya macam ni.

Lepas saya baca WhatsApp tu, boleh dikatakan setiap hari masa bawa motor akan mengalir air mata sendirian mengenangkan perkara ni.

Saya tak nak anak-anak tahu benda ni kerana tak nak mereka terganggu emosi dan pelajaran mereka.

Alhamdulillah saya masih waras dan tidak terpikir untuk melakukan perkara bodoh.

Bila duduk sendirian di pejabat dan kadangkala perkara tu datang saya cepat-cepat ambil wudhu.

Mohon pendapat sahabat-sahabat mcm mana saya nak uruskan perkara ni.

Baca Lagi:
Cara mudah nak selesaikan masalah salur air tersumbat dalam bilik air, guna 1 alat ni settel masalah
Anak demam tak dapat masuk asrama, cikgu mesej minta MC, sekali terkejut dapat tahu ibu pelajar sedang korek tabung nak bawa anak ke klinik
Wanita buka ‘mask’ nak ‘selfie’, terkejut ada lintah melekat di lubang hidung
CATEGORIES