Abang bomba ajar cara lepaskan diri dari belitan ular sawa ketika diserang

Abang bomba ajar cara lepaskan diri dari belitan ular sawa ketika diserang

Abang bomba ajar cara lepaskan diri dari belitan ular sawa ketika diserang. Ular sawa merupakan sejenis reptilia berdarah sejuk dipercayai antara yang paling besar boleh ditemui di Malaysia.

Ular spesies ini juga dipercayai merupakan reptilia antara yang terpanjang boleh dijumpai di dunia dengan kepanjangan antara 10 hingga 20 kaki.

Reptilia ini tidak berbisa namun ia mempunyai kaedah yang berbeza ketika memburu mangsanya. Ular sawa merupakan haiwan yang memburu dan membunuh mangsanya dengan cara membelit pemangsa sehingga ia mati.

Abang bomba ajar cara lepaskan diri dari belitan ular sawa ketika diserang

Semakin besar saiz ular sawa tersebut maka semakin kuat belitan yang boleh dilakukannya kepada pemangsa.

Ia juga termasuk kepada manusia, terdapat juga kes yang melaporkan bahawa ular sawa pernah cuba menyerang manusia dengan cara membelit.

Perkara begini sering terjadi apabila kita bersendirian terutamanya semasa di dalam hutan.

Justeru, penulisan pada kali ini akan berkongsikan bagaimana melepaskan belitan ular ketika kita diserang ular sawa sewaktu bersendirian.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang individu dipercayai anggota bomba yang menggunakan nama Facebook Farid Squad King Cobra.

Menerusi perkongsian video tersebut, ia memaparkan aksi seorang anggota bomba yang menunjukkan teknik mudah bagaimana mahu melepaskan belitan ular sawa.

Langkah pertama adalah anda perlu pegang dengan kuat kepala ular sawa tadi, kemudian letakkan ia di bahagian bawah pelipat lutut.

Pastikan semasa melakukan teknik ini anda sedang dalam posisi melutut. Pastikan kepala ular tadi dikepit dengan kuat.

Seperti sedia maklum, ular sawa sejenis ular yang tidak berbisa jadi teknik ini selamat digunakan.

Langkah yang seterusnya adalah dengan menarik ekor ular dari arah berlawanan belitan ular sawa tadi.

Kini anda sudah bebas dari belitan ular sawa berkenaan. Perkara yang paling penting adalah jangan panik dan cuba bertenang sewaktu perkara seperti ini terjadi.

Jangan guna teknik ini dekat ular tedung

Bagaimanapun menurut anggota bomba itu lagi, teknik ini hanya sesuai digunakan kepada ular yang bersaiz sederhana. Ini kerana ular saiz tersebut tidak mempunyai belitan yang boleh mematikan.

Anggota bomba tersebut sempat menasihatkan agar tidak melakukan teknik ini kepada ular tedung selar. Ular tedung merupakan jenis yang mempunyai bisa dan mampu membunuh manusia dengan mudah.

Sampai sini sahaja perkongsian pada kali ini, diharap ia dapat membantu pembaca ketika berdepan dengan situasi genting bersama ular semasa bersendirian.

Baca Lagi:
Cara mudah nak selesaikan masalah salur air tersumbat dalam bilik air, guna 1 alat ni settel masalah
Anak demam tak dapat masuk asrama, cikgu mesej minta MC, sekali terkejut dapat tahu ibu pelajar sedang korek tabung nak bawa anak ke klinik
Wanita buka ‘mask’ nak ‘selfie’, terkejut ada lintah melekat di lubang hidung
CATEGORIES