Makhluk besar berwarna putih ditemui di kawasan pergunungan, tapi bukan Bigfoot

Makhluk besar berwarna putih ditemui di kawasan pergunungan, tapi bukan Bigfoot

Makhluk besar berwarna putih ditemui di kawasan pergunungan, tapi bukan Bigfoot. Di media sosial baru-baru ini, tular satu video klip yang memaparkan seekor makhluk berwarna putih yang bertubuh sasa hingga membuatkan ramai terkejut dan kagum melihatnya.

Menerusi video tersebut, seekor makluk berwarna putih dan berbulu tebal dilihat muncul dan berkeliaran di sebuah kawasan pergunungan.

Makhluk putih itu bagaimanapun dikenalpasti sebagai kambing gunung yang bertubuh sasa seperti yang ditulis dalam status ppengguna yang berkongsikan video tersebut yang bertulis “Kambing gunung bertubuh sasa dilihat di hutan.”

Makhluk besar berwarna putih ditemui di kawasan pergunungan, tapi bukan Bigfoot

Kemunculan kambing gunung di lokasi tersebut berkemungkinan untuk mencari makanan.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut mengaitkan makhluk tersebut dengan makhluk mitos iaitu Bigfoot yang sehingga kini masih belum dapat dipastikan kewujudannya.

Ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa kambing sado tersebut mungkin telah memakan kesemua kambing-kambing yang kecil hingga membuatkan badannya sebesar itu.

“Sekilas pandang, saya ingatkan serigala jadian” – kata seorang lagi pengguna.

Anda boleh lihat video kambing gunung yang dikongsikan di bawah ini.

VIDEO:

Setakat ini video yang dikongsikan di lama twitter itu telah mencecah lebih 6.6 juta tontonan. Difahamkan kambing gunung ini biasanya boleh didapati di kawasan pergunungan di Amerika Utara seperti di Alaska.

Baca Lagi:
Lelaki ini setiap hari menangis bawa motor selepas terbaca WhatsApp isteri dengan lelaki lain
Lelaki jumpa duit kertas lama ratusan ribu ringgit, tapi tetap untung besar selepas bank tidak terima duitnya
Cara mudah nak selesaikan masalah salur air tersumbat dalam bilik air, guna 1 alat ni settel masalah
CATEGORIES