“Lama menabung nak beli Iphone”- Jemaah umrah mengadu dekat Allah, sekali kontraktor Masjid Nabawi hantar mesej..

“Lama menabung nak beli Iphone”- Jemaah umrah mengadu dekat Allah, sekali kontraktor Masjid Nabawi hantar mesej..

“Lama menabung nak beli Iphone”- Jemaah umrah mengadu dekat Allah, sekali kontraktor Masjid Nabawi hantar mesej… Sebaik tiba di Tanah Suci, para jemaah biasanya akan ‘melupakan’ seketika hal duniawi untuk memberi fokus kepada ibadah umrah.

Begitulah yang berlaku kepada seorang individu selepas telefon pintar iPhone miliknya hilang ketika berada di Madinah.

Walaupun kehilangan barangan berharga, dia mengakui tidak merasakan sedih kerana beranggapan ia mustahil untuk ditemui kembali.

"Lama menabung nak beli Iphone"- Jemaah umrah mengadu dekat Allah, sekali kontraktor Masjid Nabawi hantar mesej..

“Hilang iPhone pertama saya yang baru dibeli di Madinah. Saya dah niat nak fokus betul-betul ibadah umrah kali ini. Disebabkan selalu bersama ibu, ibu je yang ada internet, saya tak ada.
“Pada satu petang tu, lepas balik solat Asar, tiba-tiba telefon saya tiada. Periksa dalam beg pun tak ada. Saya ingatkan diri mana saya letak fon tu.
“Sebelum tu masa jalan ke masjid tak pegang telefon dan letak dalam poket. Kemudian selepas dah hilang saya memang tak ada perasaan langsung. Sedih pun tak sebab dah hilang, nak cari dekat mana? Masjid Nabawi tu luas kot,” ujarnya.

Menerusi perkongsian di laman X, individu tersebut berkata dia turut memohon doa dalam linangan air mata dan reda sekiranya tiada rezeki untuk mendapatkan peranti itu semula.

“Adik tolong selongkar bilik, kot-kot jatuh bawah katil tapi tak jumpa. Saya masih tenang. Lepas je solat Maghrib, masa nak berdoa tu, baru saya ada perasaan dan menangis teruk.

“Saya berdoa, kalau telefon itu bukan terbaik untuk saya, saya reda ia hilang. Saya siap mengadu kepada Allah yang saya menabung lama untuk beli telefon itu. Saya tiada banyak duit untuk beli telefon baru kerana saya belum bekerja,” ceritanya.

Tambah individu itu lagi, alangkah terkejutnya dia kerana berlaku satu keajaiban apabila ibunya menerima mesej daripada seorang individu memaklumkan tentang penemuan peranti miliknya.

“Malam itu kami pulang ke hotel seperti biasa. Adik-adik saya mencuba dengan gigih menggunakan aplikasi Find My iPhone tetapi tidak berjaya. Mungkin tidak dapat kesan kerana tiada sambungan internet.

“Jadi sebelum tidur, saya tergerak untuk memeriksa telefon ibu saya dan tiba-tiba terlihat mesej WhatsApp dari individu yang tidak dikenali. Apabila saya membuka perbualan, dia menghantar gambar telefon saya. Sungguh tidak dapat saya terima.

“Adik saya berkomunikasi dengan individu tersebut dalam bahasa Arab kerana orang yang menjumpai telefon itu adalah penduduk Madinah dan dia merupakan kontraktor di kawasan masjid. Dia menjumpai telefon saya terjatuh di tepi jalan. Dia memeriksa bahagian kecemasan dan mendapati nombor telefon ibu saya,” katanya dengan lebih lanjut.

Menurut pemilik akaun X itu, dia sukar melupakan detik berkenaan dan berharap masih ada rezeki untuknya menjejakkan kaki lagi ke tanah suci.

“Esoknya selepas solat Asar, individu tersebut datang untuk memulangkan telefon kepada kami di hotel. Walaupun kami ingin memberinya upah, dia menolak. Ya Allah, itulah detik yang paling saya tidak akan lupa selama-lamanya.

“Jika dilihat dari sudut pandang manusia, nampaknya mustahil untuk mendapatkan kembali telefon tersebut tetapi dengan kuasa Allah, segalanya mungkin. Berdoa di bumi Rasulullah, tanpa halangan, segala doa pasti akan dikabulkan. Semoga saya diberi rezeki untuk ke sana lagi,” ceritanya.

Perkongsian individu itu telah meraih hampir 3,000 ulasan di platform X.

Baca Lagi:
Lelaki beli baju Melayu Bulan Bintang menang hadiah kereta GTR
Lelaki terkejut makan colek ‘kena ketuk’ harga RM71 sepinggan
“Teropong anak bulan keluar bulan Pas ke?”- Umat Islam di Yogyakarta dah sambut raya Aidilfitri hari ini
CATEGORIES