“Teropong anak bulan keluar bulan Pas ke?”- Umat Islam di Yogyakarta dah sambut raya Aidilfitri hari ini

“Teropong anak bulan keluar bulan Pas ke?”- Umat Islam di Yogyakarta dah sambut raya Aidilfitri hari ini

“Teropong anak bulan keluar bulan Pas ke?”- Umat Islam di Yogyakarta dah sambut raya Aidilfitri hari ini. Kalau korang masih ingat sebelum ini, sebahagian penduduk di Yogyakarta, Indonesia telah menyambut bulan puasa pada 6 Mac, walaupun hari pertama berpuasa bagi umat Islam di negara tersebut adalah pada 11 Mac 2024.

Jemaah dari Masjid Aolia di Panggang, Giriharjo, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta, telah melaksanakan solat sunat Aidilfitri pada hari ini, Jumaat, 5 Mac 2024, seperti yang dilaporkan oleh CNN Indonesia.

Disebabkan mereka memulakan ibadah berpuasa lima hari sebelum tarikh yang ditetapkan, pada pagi tadi, takbir hari raya di dua lokasi di tempat tersebut telah dimulakan seawal jam 07.00 WIB (Waktu Indonesia Barat). Ratusan jemaah Masjid Aolia juga telah berpusu-pusu sejak pukul 6 pagi WIB untuk menunaikan solat sunat hari raya.

"Teropong anak bulan keluar bulan Pas ke?"- Umat Islam di Yogyakarta dah sambut raya Aidilfitri hari ini

Bagaimanapun, Kementerian Agama Kabupaten Gunungkidul telah menerima penjelasan daripada imam Masjid Aolia tentang isu yang berlaku. Beliau menjelaskan bahawa tindakan itu didasarkan atas keyakinan mereka sendiri.

Kementerian Agama telah bertanya kepada Mbah Ibnu (Imam Masjid Aolia, KH Ibnu Hajar Pranolo) mengapa beliau memulakan tarawih pada malam tersebut. Beliau memberi penjelasan bahawa tindakan itu adalah berdasarkan keyakinannya sendiri. – Aban Nuroni, Ketua Pejabat Kementerian Agama

Walaupun begitu, Kementerian Agama menghormati pendapat mereka mengenai permulaan dan pengakhiran Ramadan. Jemaah Masjid Aolia juga telah lama menjalankan ibadah Ramadan lebih awal, seperti yang dinyatakan oleh Nuroni.

Pada tahun sebelumnya, jemaah masjid tersebut menyambut Hari Raya sehari lebih awal (20 April 2023) berbanding dengan tarikh yang ditetapkan iaitu 21 April 2023. Namun, untuk tahun ini, mereka menyambutnya lima hari lebih awal.

Nuroni juga menjelaskan bahawa jemaah Masjid Aolia tidak memiliki perbezaan yang ketara dengan masyarakat Muslim yang lain, hanya berbeza dalam sistem kalendar seperti beberapa kumpulan lain.

Untuk pengetahuan, Gunungkidul merupakan kawasan kecil dan penduduknya adalah minoriti, namun majoriti umat Islam di Yogyakarta masih berpuasa hingga hari ini.

Mereka memang menyambut Ramadan lebih awal.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu, rupanya lagu raya ‘legend’ ini dinyanyikan oleh adik beradik India
Jabatan Perikanan Malaysia sahkan kupang perairan Port Dickson tidak selamat dimakan
Risau kerja bertambah, wanita racun kawan kerja yang bakal cuti bersalin
CATEGORIES