‘Duit kerajaan negeri bukan untuk bayar gaji pemain bola sepak’ – Sanusi

‘Duit kerajaan negeri bukan untuk bayar gaji pemain bola sepak’ – Sanusi

‘Duit kerajaan negeri bukan untuk bayar gaji pemain bola sepak’ – Sanusi. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sekali lagi menegaskan pendirian dan polisi kerajaan negeri yang tidak akan menggunakan dana kerajaan negeri untuk membayar gaji pemain bola sepak serta menangani isu-isu yang berkaitan dengan Kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang telah diswastakan.

Sanusi, yang juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), menyatakan bahawa bantuan kepada kelab bola sepak hanya akan diberikan melalui KFA sebagai badan bola sepak negeri, di mana KFA telah memberi sumbangan sebanyak RM16 juta kepada KDA FC sejak penubuhannya.

“Kita tidak akan menggunakan dana kerajaan untuk membayar gaji pemain bola sepak, sama seperti kita tidak akan menggunakan dana kerajaan negeri untuk membayar gaji pekerja dalam syarikat.

'Duit kerajaan negeri bukan untuk bayar gaji pemain bola sepak' - Sanusi

“Sejauh ini, kita telah membantu KDA FC melalui KFA. Sejak penubuhan KDA FC sehingga kini, KFA telah memberi bantuan sebanyak RM16 juta kepada KDA FC. Ingatlah ini dengan baik, dan kemudian ada yang mendakwa bahawa kita tidak memberi bantuan.”
“Polisi itu sangat mudah. Duit bola kita cari duit lain. KFA ada dan sudah tolong dengan jumlah RM16 juta sejak dulu dan sampai la ni pun masih lagi tolong. Jumlah diberi pun juta la bagi baru ni, tapi saya tak mau bising,” katanya ketika mengulas mengenai masalah baki tunggakan gaji yang belum diselesaikan KDA FC setakat ini yang mencetus kebimbangan penyokong Kedah.

Sanusi berkata, jumlah yang sudah disalurkan kepada KDA FC sebanyak RM16 juta itu ialah jumlah yang besar dan dikira mampu memberi manfaat sekiranya diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti anak yatim.

“RM16 juta kalau diberi kepada anak yatim macam ni cuba bayangkan tengok, kalau kita banding dengan kegunaan untuk bola mana lebih afdal? tentulah anak yatim,” katanya.

Pada masa yang sama, Sanusi juga turut melahirkan kebimbangan atas sikap penaja yang mungkin akan merasa terkesan untuk menaja disebabkan KFA pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari lalu.

“Bola ni kalau kita cari duit nanti SPRM mai cekup (tangkap), yang tu pun saya hangat hati jugak. Di seluruh dunia ni semua persatuan bola sepak dan sukan cari sumbangan, macam-macam cara la orang mai menyumbang dan tu pun depa mai cekup kita.

“Kalau nak bermain politik juga dalam sukan, itu yang susah dan boleh membunuh bola sepak,” katanya.

Baca Lagi:
“Lama menabung nak beli Iphone”- Jemaah umrah mengadu dekat Allah, sekali kontraktor Masjid Nabawi hantar mesej..
Perantau negeri ‘K’ ikut suka hati u-turn tengah highway Raub Bypass ramai-ramai
Perompak larikan duit RM142.16 juta dalam bilik kebal tanpa tinggal sebarang bukti
CATEGORIES