Perantau negeri ‘K’ ikut suka hati u-turn tengah highway Raub Bypass ramai-ramai

Perantau negeri ‘K’ ikut suka hati u-turn tengah highway Raub Bypass ramai-ramai

Perantau negeri ‘K’ ikut suka hati u-turn tengah highway Raub Bypass ramai-ramai. Pada awal Mac yang lalu, Laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dikenali sebagai Seksyen 5A: Raub ByPass telah dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Laluan ini membantu memendekkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub. Laluan ini merangkumi jarak perjalanan sepanjang 45.3 kilometer (km) dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai perantau telah mula pulang ke kampung dan menggunakan laluan tersebut untuk pulang ke kampung.

Perantau negeri 'K' ikut suka hati u-turn tengah highway Raub Bypass ramai-ramai

Bagaimanapun, warganet berasa kesal apabila ada segelintir pengguna laluan tersebut membuat ‘U-Turn’ secara melanggar di tengah-tengah Raub ByPass.

Melalui video yang dimuat naik dan telah dipadam TikTok @ctzu96, pengguna kamera berkongsi pengalaman menggunakan laluan Raub Bypass untuk pertama kali.

Beberapa ketika kemudian, kenderaan yang beliau naiki perlahan-lahan berhenti setelah mengesan kesesakan lalu lintas di hadapan yang menyebabkan kesesakan yang teruk.

Kemudian, kenderaan tersebut membuat pusingan untuk keluar dari laluan yang baru dibuka itu. Semasa membuat U-Turn, beberapa kenderaan lain turut melakukan perkara yang sama dan keluar melalui susur masuk Raub Bypass.

Video tersebut kemudiannya menjadi viral di Facebook dan X.com dan mendapat kritikan daripada netizen di platform tersebut.

Ramai mengutuk tindakan segelintir perantau yang mengancam keselamatan orang lain dengan membuat U-Turn di tengah-tengah lebuh raya tersebut.

Berkaitan dengan itu, warganet menuntut agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengguna lebuh raya yang didapati melanggar undang-undang.

Orang ramai juga menggesa pihak berkuasa untuk meletakkan beberapa anggota di setiap susur masuk lebuh raya tersebut untuk mengelakkan insiden ‘u-turn’ ini berterusan sehingga tamatnya musim perayaan.

Baca Lagi:
Lelaki beli baju Melayu Bulan Bintang menang hadiah kereta GTR
Plastik sampah hitam bergerak, rupanya penjenayah sedang buat kerja
Lelaki terkejut makan colek ‘kena ketuk’ harga RM71 sepinggan
CATEGORIES