Lelaki beli baju Melayu Bulan Bintang menang hadiah kereta GTR

Lelaki beli baju Melayu Bulan Bintang menang hadiah kereta GTR

Lelaki beli baju Melayu Bulan Bintang menang hadiah kereta GTR. Jika tidak hari ini, mungkin pada kemudian hari. Jadi, kita tidak boleh bersangka buruk dengan rezeki seseorang.

Tambahan lagi, dengan zaman sekarang banyak kedai atau barangan yang menawarkan promosi beli dan menang. Tidak dinafikan, walaupun peluang untuk mendapat hadiah itu tipis, tetapi siapa saja tahu kan rezeki.

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki apabila dia berkongsi memenangi sebuah kereta selepas membeli jenama baju raya.

Lelaki beli baju Melayu Bulan Bintang menang hadiah kereta GTR

Menerusi video tersebut, lelaki itu pada mulanya menunjukkan bahawa dia sedang menanti hasil cabutan bertuah daripada jenama pakaian Bulan Bintang x Hausboom.
Walau bagaimanapun, selepas beberapa ketika, hasil cabutan itu diumumkan, menunjukkan bahawa dia telah menjadi pemenang sebuah kereta Nissan GT-R R35.

Kejadian itu telah mengejutkannya dan juga orang di sekelilingnya yang nampaknya tidak percaya dengan keputusan tersebut.

Kereta itu merupakan hadiah utama daripada cabutan bertuah tersebut, di mana dia adalah salah seorang pemenang ‘Golden Ticket’.

Dalam keterangan yang diberikan, pihak penganjur telah menyatakan bahawa terdapat dua pemenang ‘Golden Ticket’, salah satunya diperolehi melalui pembelian pakaian dari jenama Bulan Bintang, dan yang satu lagi melalui pembelian air Hausboom itu sendiri.

Bukan kereta biasa-biasa tu awak menang bang! 😀

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu, rupanya lagu raya ‘legend’ ini dinyanyikan oleh adik beradik India
Risau kerja bertambah, wanita racun kawan kerja yang bakal cuti bersalin
RM20,000 menanti pengguna PLUS jika buat ‘benda ini’ ketika pulang ke kampung
CATEGORIES