Jika tiada hujan hingga 30 April, 3 Empangan di Johor mampu bertahan selama 55 hari sahaja

Jika tiada hujan hingga 30 April, 3 Empangan di Johor mampu bertahan selama 55 hari sahaja

Jika tiada hujan hingga 30 April, 3 Empangan di Johor mampu bertahan selama 55 hari sahaja. Paras air di Empangan Bekok, Machap, dan Sembrong hanya mampu bertahan selama 55 hari sekiranya tiada hujan hingga 30 April ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh. Beliau menyatakan bahawa kesemua empangan terbabit mengalami penurunan yang signifikan, namun masih belum berada di bawah paras kritikal.

“Pada masa ini, kita sedang memantau keadaan semasa di empangan terlibat dan menunggu sehingga akhir bulan untuk melihat purata hujan.
“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada perancangan untuk membuat catuan air di kawasan terlibat dan sebagainya,” katanya dalam sidang media selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor di sini hari ini.

Jika tiada hujan hingga 30 April, 3 Empangan di Johor mampu bertahan selama 55 hari sahaja

Beliau menyatakan demikian apabila diminta mengulas tentang status paras empangan di Johor susulan cuaca panas pada masa ini.

Mohamad Fazli juga menyebut antara langkah pencegahan ialah melakukan pembenihan awan di kawasan terlibat atau pengolahan semula bekalan air.

Beliau berharap agar orang ramai menggunakan air secara berhemah dan tidak membazir terutama semasa Aidilfitri.

Menurut Mohamad Fazli, pihaknya juga telah mengenal pasti sehingga 150 lokasi yang melibatkan 70 District Metered Area (DMA) untuk dipantau bagi mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air semasa perayaan itu.

Antara langkah pencegahan yang akan diambil bagi menangani gangguan itu adalah dengan melakukan pengolahan semula bekalan air dan memasang tangki air di kawasan terlibat.

Baca Lagi:
“Terpaling lowered”- Kereta Myvi lowered ‘berapi’ raih perhatian ramai
Tular video Datuk Seri bukan Islam edar ‘kitab suci’ macam beri duit raya, ini penjelasan Mufti
“Mak stress dengan ayah sebab kahwin lain dekat Thailand tapi aku jadi mangsa keadaan, mak geli nak pegang tangan aku”
CATEGORIES