Bella Astillah mengaku ada hubungan dengan Muaz Zabir, ‘saya buat semua tu sebab…’

Bella Astillah mengaku ada hubungan dengan Muaz Zabir, ‘saya buat semua tu sebab…’

Bella Astillah mengaku ada hubungan dengan Muaz Zabir, ‘saya buat semua tu sebab…’. Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, tidak menyembunyikan tentang dakwaan menjalin hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir, dan mengaku memiliki kesalahan sendiri.

Bagaimanapun, Bella menyatakan bahawa tujuan awalnya bersama Muaz adalah semata-mata untuk membuat suaminya, Aliff Aziz, cemburu yang pada masa itu telah melakukan penipuan dengan dua wanita.

“Sebenarnya saya mengetahui tentang perkara ini sejak semalam. Rakan-rakan rapat saya dan netizen juga telah berbual tentangnya. Saya memahami bahawa ini datang secara tiba-tiba, tetapi netizen mungkin berfikir bahawa esok akan menjadi perbicaraan perceraian saya, jadi mengapa sekarang?

Bella Astillah mengaku ada hubungan dengan Muaz Zabir, 'saya buat semua tu sebab...'

“Sebenarnya, kes ini berlaku tahun lalu. Sudah lama dan niat saya hanyalah untuk membuat suami saya cemburu. Saya yakin rakan-rakan saya mengenal dan tahu betapa saya menyayangi Aliff.”
“Jadi, saya menggunakan seseorang untuk membuat suami cemburu kerana pada ketika itu Aliff curang bersama dua wanita lain.
“Tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dan dengan cara itu, saya harap Aliff beri perhatian dan cemburu,” katanya.

Justeru, Bella mengakui niatnya itu mungkin kurang baik.

Katanya, dia melakukan kesilapan dan hubungan itu berlaku pada tahun lalu. Ia juga telah diketahui oleh Aliff dan keluarga semasa dia berusaha untuk membuat suaminya cemburu.

“Muaz ini baik dan bila rasa tak dihargai dan diperlakukan seperti sampah, hadir seseorang memberi perhatian. Saya manusia biasa dan ini adalah kesilapan pertama saya selepas 10 tahun bersama dengan Aliff.

“Bagaimanapun, kami sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya Aliff tetapi juga keluarga di Singapura.

“Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Pulau Pinang, jadi tiada masalah apa-apa.

“Aliff sudah meletakkan penutup pada perkara itu dan mengatakan masih mencintai saya. Selepas kejadian itu, saya melihat Aliff mula menghargai saya. Saya juga sedar bahawa saya melakukan kesilapan dan perlu bertaubat.

“Ini adalah kesilapan saya dan saya sudah meminta maaf,” katanya.

Bella berkata, apabila dia dan suaminya sudah berbaik, Aliff kembali mengabaikan dirinya semasa menjayakan penggambaran drama bersama Ruhainies.

“Bila mula penggambaran dengan Ruhainies, Aliff menukar kata laluan telefon bimbit.

“Jadi, mungkin mereka ingin menutup kes khalwat dan tanpa senjata, mereka menggunakan kes saya.

“Aliff tidak sedar bahawa Ruhainies sedang memanfaatkannya?

“Hanya Aliff yang mempunyai gambar saya dan Muaz.

“Orang marah dan mengatakan saya bodoh, tetapi mereka tidak tahu betapa saya menyayangi institusi perkahwinan. Saya ingin anak-anak mempunyai ibu bapa yang lengkap, jadi saya bersedia berkorban,” katanya.

Bella ditemui pada majlis iftar anjuran Ravaka di K-Town Radia Gallery, petang tadi.

Sebelum ini, Bella Astillah menjadi bualan ramai apabila dituduh mempunyai hubungan rapat dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.

Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok, akaun tersebut memuat naik beberapa tangkapan skrin yang didakwa menunjukkan perbualan antara Bella dan Muaz.

“Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit,” tulisnya dalam kapsyen.

Pendedahan tersebut turut menunjukkan tangkapan skrin perbualan mesej di antara Bella dan Muaz yang menggunakan panggilan mesra.

Hubungan mereka didakwa bermula sejak Oktober tahun lepas, dengan kerapnya mereka berkongsi gambar-gambar rutin harian dalam mesej yang dihantar.

Dalam hantaran yang sama, akaun tersebut juga memuat naik swafoto mereka yang kelihatan mesra.

Pada 9 Mac yang lalu, Aliff dan Ruhainies telah ditangkap kerana khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Bella telah memfailkan permohonan cerai terhadap Aliff secara ekspres, dan kes tersebut dijadual untuk sebutan semula di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada awal bulan lepas.

Bella dan Aliff telah bernikah pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Mohamad Ayden Adrean, 6 tahun, dan Ara Adreanna, 3 tahun.

Baca Lagi:
Tak perlu beratur panjang, ini senarai ATM khas untuk tukar duit raya tahun 2024
“Mak stress dengan ayah sebab kahwin lain dekat Thailand tapi aku jadi mangsa keadaan, mak geli nak pegang tangan aku”
Wanita ini tanya 8 soalan kepada ayah, sekali jawapan ayah buat ramai sebak
CATEGORIES