Pengasas KK Supermart mengadap Sultan Ibrahim di Istana Negara

Pengasas KK Supermart mengadap Sultan Ibrahim di Istana Negara

Pengasas KK Supermart mengadap Sultan Ibrahim di Istana Negara. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, untuk memohon maaf berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’.

Sultan Ibrahim bersetuju untuk menerima Kee Kan selama 15 minit di Istana Negara, pada hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, baginda menekankan bahawa semua pihak, termasuk KK Mart, perlu lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual, terutamanya barangan import, bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Pengasas KK Supermart mengadap Sultan Ibrahim di Istana Negara

“Semua pihak mesti bertanggungjawab sepenuhnya. Jangan biarkan kesilapan berulang, dan saya berharap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.”

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah baginda.

Baca Lagi:
Tak perlu beratur panjang, ini senarai ATM khas untuk tukar duit raya tahun 2024
Kenapa orang Cina suka letak ‘patung kucing’ dalam kedai? Ini sejarahnya yang ramai tak tahu
Khairul Aming tutup 2 kilang, bawa 100 staf shopping raya, netizen perasan sampul raya setiap seorang berisi ‘tebal-tebal’
CATEGORIES