Geng Honda buat hal”- Pak Cik Shell dedah sebab kenapa tak boleh masak di stesen minyak

Photo of author

By Joe

Geng Honda buat hal”- Pak Cik Shell dedah sebab kenapa tak boleh masak di stesen minyak. Pada permulaan minggu ini, Malaysia dikejutkan dengan isu mengenai sekumpulan geng Honda yang melakukan aktiviti ‘healing’ dan memasak mi segera di kawasan stesen minyak.

Kejadian tersebut menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati kerana ia membawa potensi bahaya disebabkan kawasan tersebut rentan terhadap kebakaran.

Terbaharu, Pak Cik Shell tampil menjelaskan kenapa orang ramai dilarang memasak berhampiran kawasan berkenaan.

Geng Honda buat hal"- Pak Cik Shell dedah sebab kenapa tak boleh masak di stesen minyak

“Pada sesetengah orang, mereka kata, ‘jauh dari pam tak apa.’ Jangan beranggapan demikian, kerana wap minyak boleh merebak sehingga jarak 10 meter dari punca seperti pam, tempat turun minyak, dan paip ventilasi,” terangkan Pak Cik Shell.

Dalam video pendek yang dikongsi, jelas terlihat bahawa jarak 10 meter itu sangat dekat. Walaupun wap minyak tidak dapat dilihat, namun ia mampu bergerak untuk menyebabkan api merebak dalam sekelip mata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong menyatakan bahawa pihaknya sedang mencari individu yang terlibat dalam video yang tular memasak mi segera di stesen minyak.

Beliau menambahkan bahawa kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (menyebabkan kegusaran awam) dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri).

Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini kepada kenalan lain supaya mereka juga sedar untuk tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan kebakaran di stesen minyak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Baca Lagi:
“Anak adalah hadiah untuk ayah”- Lelaki ini kongsi diari yang ditulis oleh ayah sejak dia lahir buat ramai sebak
Lelaki dedah keluarga amal amalan pelik sediakan dua batang rokok dan air kopi dalam bilik
“Aku sanggup berkorban buat pinjaman untuk suami, tak sangka suami balas dengan bawa aku pergi pejabat agama..”