“Datuk Red bayar hutang dekat siapa?”- Jabatan Insolvensi sahkan belum terima RM30,000 hutang dari Datuk Red

Photo of author

By Joe

“Datuk Red bayar hutang dekat siapa?”- Jabatan Insolvensi sahkan belum terima RM30,000 hutang dari Datuk Red. Bayaran hutang sebanyak RM30,000 daripada jumlah keseluruhan RM7 juta yang didakwa telah dibuat oleh bekas suami penyanyi Adira, Datuk Red masih belum diterima oleh Jabatan Insolvensi Negeri Selangor (MdI Selangor).

MdI Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa setakat ini, Jabatan Insolvensi Negeri itu masih belum menerima sebarang bayaran daripada Datuk Red (Adenan bin Abu).

“Pembayaran sepatutnya dibuat kepada Jabatan Insolvensi Negeri Selangor kerana kes Datuk Red ditadbir di sini (Selangor).

"Datuk Red bayar hutang dekat siapa?"- Jabatan Insolvensi sahkan belum terima RM30,000 hutang dari Datuk Red

“Cara pembayaran boleh dibuat terus sama ada secara atas talian atau draf bank,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut mengulas dakwaan Datuk Red, atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, yang mengumumkan bahawa beliau telah membayar RM30,000 pada Jumaat lepas kepada Jabatan Insolvensi daripada hutang keseluruhan RM7 juta.

Menerusi laporan Kosmo! semalam, Datuk Red menjelaskan bahawa semua proses pembayaran hutang itu telah ditetapkan oleh pihak peguam, termasuk kepada pihak yang perlu dibayar mengikut jumlah tertentu.

Difahamkan, wang untuk membayar hutang tersebut diperolehi daripada perniagaan kecil-kecilan Datuk Red, antaranya kopi, sambal, baju, dan minyak wangi.

Baca Lagi:
Saintis paling pintar dalam sejarah dunia, kenali Stephen Hawking dan 7 fakta menarik tentang dirinya
Gaji besar sampai boleh beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang jadi pada pemain bola sepak Kedah ini
Lelaki dedah keluarga amal amalan pelik sediakan dua batang rokok dan air kopi dalam bilik