Pakar cadang lupuskan kenderaan berusia 10 tahun keatas mampu tangani isu kesesakan

Photo of author

By Joe

Pakar cadang lupuskan kenderaan berusia 10 tahun keatas mampu tangani isu kesesakan. Isu kesesakan jalan raya yang semakin serius akhir-akhir ini telah menjadi topik perbincangan yang kerap kali dibangkitkan oleh penyelidik. Salah satu cadangan yang telah diutarakan adalah untuk melupuskan kenderaan yang berusia lebih dari 10 tahun bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya.

Rakyat merasa kesal dengan keadaan tersebut kerana mereka terpaksa menghabiskan masa yang lama dalam perjalanan ketika berulang-alik dari tempat kerja.

Sebuah kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang dipimpin oleh Profesor Dr Rozmi Ismail, seorang Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, telah mencadangkan supaya kenderaan di Malaysia dihadkan umurnya tidak melebihi 10 tahun sebagai satu langkah untuk menangani masalah kesesakan jalan raya di ibu negara.

Pakar cadang lupuskan kenderaan berusia 10 tahun keatas mampu tangani isu kesesakan

Beliau menyatakan bahawa polisi itu bertujuan untuk menyeimbangkan jumlah kenderaan baru dan lama di atas jalan raya.

Justeru, mana-mana kenderaan yang telah melepasi had tempoh yang ditetapkan perlu dilupuskan supaya tidak terus berada di jalan raya.

Secara logiknya, melupuskan kenderaan lama adalah tindakan yang baik kerana ia dapat mengelakkan pemiliknya dari perbelanjaan yang berterusan untuk membaiki kerosakan.
Selain itu, melupuskan kenderaan lama juga dapat membantu dalam usaha pemuliharaan alam sekitar kerana ia mengurangkan kadar pelepasan karbon berbanding dengan kereta baru.

Namun, bagaimana pula melupuskan kenderaan lama boleh menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya yang dihadapi oleh penduduk bandar?

Ini kerana setiap kenderaan lama yang dilupuskan pasti akan digantikan dengan kenderaan baru oleh pemiliknya.

Bagi mereka yang memiliki lebih dari dua kenderaan di rumah, ini tidak menjadi masalah kerana mereka masih boleh memandu kenderaan lain yang belum mencapai had tempoh lupus.

Tetapi, bagaimana pula dengan individu yang hanya memiliki sebuah kenderaan di rumah? Mereka pasti akan menggantikannya dengan kenderaan baru apabila usia lupus tamat.

Jika begitu, pelaksanaan polisi itu tidak akan memberikan perubahan yang signifikan. Jumlah kenderaan yang dipandu di ibu kota akan kekal sama.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menilai kesan polisi itu kerana masih dalam peringkat cadangan.

Pembahasan ini hanya bertujuan untuk memberikan gambaran ringkas mengenai bagaimana polisi tersebut akan berfungsi apabila dilaksanakan pada masa akan datang.

Baca Lagi:
Polis buka siasatan isu resit pesanan piza ada ayat hina Islam
Saintis paling pintar dalam sejarah dunia, kenali Stephen Hawking dan 7 fakta menarik tentang dirinya
Gaji besar sampai boleh beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang jadi pada pemain bola sepak Kedah ini